Nintendo Switch Akan Mula Mengenakan Caj Untuk Servis Permainan Atas Talian Mereka

Setelah sekian lama, Nintendo akan mula mengenakan caj terhadap servis permainan atas talian kepada pengguna mereka. Sebelum ini, Nintendo memberikan tempoh selama setahun secara percuma kepada pengguna permainan atas talian yang menggunakan platfom mereka.

Tarikh bermula servis berbayar ini ialah pada 18 September akan datang yang akan hadir dengan 7 hari tempoh percubaan secara percuma. Selepas itu, pengguna akan ditawarkan pakej bulanan yang bermula pada $3.99 (RM 16.51) atau $19.99 (RM 82.74) untuk setahun. Nintendo juga menawarkan pakej diskaun 3 bulan yang berharga $7.99 (RM 33.07).

Untuk yang mahukan pakej keluarga, mereka boleh membeli pakej setahun dengan harga $34.99 (RM 144.82). Pakej keluarga ini membolehkan mereka mengajak 7 orang lagi untuk diletakkan di dalam satu pakej.

Servis permainan atas talian Switch ini mirip seperti Xbox Live dan PlayStation Live yang membolehkan pengguna Switch bermain permainan mereka secara atas talian. Pengguna yang memiliki beberapa peranti Switch hanya memerlukan satu akaun bagi mengakses kandungan atas talian untuk peranti-peranti mereka.

Nintendo juga menawarkan beberapa permainan klasik NES seperti Super Mario Bros 1 dan 3, Donkey Kong, The Legend of Zelda dan banyak lagi kepada mereka yang membeli servis atas talian mereka.

Pengguna boleh mula membeli pakej-pakej ini di dalam kemaskini 6.0.0 yang akan mula keluar pada 18 September ini.

Zacky Venge

Zacky Venge

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408