Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch Retak Di Bawah Tekanan?

Nintendo Switch Retak Di Bawah Tekanan?

Diterbitkan Julai 6, 2018 · Dikemas kini Julai 6, 2018 oleh Wiser MY

Peranti konsol dari Nintendo, Nintendo Switch merupakan satu kisah kejayaan bagi pembuat peranti dari Jepun itu kerana peranti tersebut berjaya mengembalikan reputasi mereka yang selama ini tenggelam dek kerana kebangkitan konsol permainan lain seperti Playstation dan X-Box.

Dengan Switch, Nintendo semakin menghampiri zaman kegemilangan mereka di mana sistem seperti SNES menjadi idaman setiap kanak-kanak yang hidup ketika itu. Nintendo Switch merupakan peranti gaming yang lebih kecil dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja berbeza dengan sistem mereka lain seperti Wii yang memerlukan TV/monitor untuk dimainkan.

Namun bukan semua pujian diberikan untuk Nintendo Switch kerana beberapa pengguna mereka mendapati yang peranti mereka mempunyai retakan kecil pada bahagian kerangka peranti mereka.

https://twitter.com/DamienMcFerran/status/1014930539843866625

Bebenang di Twitter tersebut terus menerus mendapat maklum balas dari pengguna lain yang mengakui perkara yang sama berlaku pada peranti mereka.

Apa yang menyebabkan keretakan tersebut?

Seorang pengguna berjaya mendapatkan unit yang baharu dalam proses warranti dan sebab yang diberikan mengapa terjadi keretakan tersebut adalah kerana isu haba dan pengembangan bateri yang terdapat di dalam peranti tersebut.

Saham Nintendo jatuh?

Mungkin berita ini kedengaran agak pelik kerana secara kebetulan, saham Nintendo Co. Ltd juga mengalami penurunan sebanyak 34% sejak bulan Mac 2018. Setakat ini, kira-kira sebanyak 14 juta unit Nintendo Switch terjual setakat awal tahun ini. Nintendo Switch juga merupakan peranti gaming paling cepat terjual untuk kebanyakkan pasaran di dunia.

Nintendo Switch Retak Di Bawah Tekanan?

Jadi mengapa saham Nintendo merudum? Dikatakan pelabur Nintendo tidak berpuas hati dengan penyampaian dilakukan oleh Nintendo semasa E3 2018. Bagi mereka, pengumuman senarai permainan untuk peranti tersebut adalah sedikit sehinggakan pihak Nintendo terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan yang senarai yang diumumkan untuk tahun ini tidak lagi lengkap.

Sumber: Nintedolife, Forbes

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY