Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ninja Van org asli

Ninja Van Malaysia Teruskan Kerjasama Bantu Komuniti Orang Asli

Diterbitkan Mei 26, 2023 oleh ariff bukhari

Ninja Van Malaysia mengumumkan lanjutan kerjasama mereka dengan Yayasan Keamanan Global Malaysia (GPF) untuk terus berganding bahu dalam usaha menambahbaik kualiti hidup masyarakat Orang Asli (OA) di negara ini.

Melalui kerjasama ini, Ninja Van Malaysia memainkan peranan penting dalam menambahbaik akses kepada keperluan asas menerusi bantuan penghantaran barangankepada komuniti OA yang terletak di kawasan luar bandar di Malaysia.

Sepanjang kerjasama mereka pada tahun lalu, Ninja Van Malaysia telah menyokong projek yang melibatkan pertanian syntropik dengan 80 petani baharu, membina tandas untuk 30 buah keluarga, pemasangan sistem pam air solar untuk kemudahan  sumber air kepada 200 buah keluarga, dan juga pemasangan lampu solar untuk 40 buah keluarga.

Ninja Van Malaysia juga telah mencatat lebih 4,000 km jumlah jarak perjalanan dalam menerokai lokasi yang sukar dimasuki seperti Kg. Teraling, Pahang untuk menghantar barangan seperti:

  • Peralatan pertanian (cth. gunting pemangkasan, kereta sorong);
  • Keperluan pertanian (cth. anak benih, jaring nurseri);
  • Peralatan untuk tenaga boleh diperbaharui (cth. pam air solar, panel solar, bateri solar, sistem Sunking solar); dan
  • Alat pembersihan air (cth. penapis air Lifestraw)

Dengan melanjutkan kerjasama ini, penghantaran sumber bulanan kepada komuniti OA akan melibatkan beberapa lokasi baru, termasuk daerah Bera, Pahang.

Kerjasama ini membolehkan Ninja Van Malaysia terus mengambil bahagian dan menyokong komuniti OA melalui inisiatif seperti aktiviti pertanian dan pendidikan kanak-kanak.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Global Malaysia  sekali lagi untuk terus memberi sokongan penghantaran kami ke Pahang yang mempunyai komuniti OA terbesar di Malaysia. Kerjasama ini telah dilanjutkan dengan jayanya atas rangkaian besar yang kami ada – yang membolehkan kami untuk mempelopori kawasan yang sukar dicapai di Malaysia. Kami amat bersyukur kerana dapat menyumbang kepada penambahbaikan kehidupan komuniti ini dan kami harap kerjasama dengan Yayasan Keamanan Global ini akan kekal berterusan,” Adzim Halim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Ninja Van Malaysia.

Berkaitan

  • Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
  • Kongsi Akaun Netflix: Ini Jawapan Pada Kekeliruan Tentang Peraturan Baru Netflix
  • Naik Taraf Dan Dapat Rebat Untuk Peranti vivo V27 Atau Siri X90 Di Maxis

Sumber Siaran Media Ninja Van Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY