Nikmati Harga Istimewa Dan Diskaun Produk Acer Bermula Esok

Baru-baru ini Acer telah melancarkan "Acer Day" yang bertemakan "Live Your World". Bersempena meraikan Acer Day ini, beberapa produk baharu diumumkan serta pembeli bakal menikmati harga istimewa dalam tempoh yang terhad pada 3 dan 4 Ogos 2021 ini.

Oleh yang demikian, ini adalah produk baharu yang diumumkan Acer serta menerima harga istimewa bersempena Acer Day x Shopee Superbrand Day.

Siri Acer Swift




Acer rasmi mengumumkan kemas kini bagi siri popular komputer riba mereka, iaitu Swift 3 dan Swift 1. Kali ini, Swift 3 tampul dengan skrin lebih besar 16 inci  bersama resolusi FHD IPS.

Walaupun skrin besar, ia masih lagi mengekalkan rekaan yang nipis serta ringan. Turut hadir cip pemproses hingga Intel Core i7-11370H, storan hingga 512GB SSD serta memori hingga 16GB RAM.



Manakala model mampu milik Swift 1 tampil dengan Intel Pentium Silver N6000 bersama-sama 4GB RAM dan storan 256GB. Masing-masing juga didatangkan perisian Microsoft Office.

Dari segi harga, Acer Swift 1 dijual pada RM2099. Sementara Acer Swift 3 bermula pada harga RM3699.

Namun, Acer menawarkan promosi terhad pada 3 hingga 4 Ogos ini dimana pembelian Swift 3 bakal menerima hadiah percuma dan Swift 1 pula dijual hanya RM1999.

AOpen PV12




AOpen PV12 adalah projektor mudah alih bersaiz kompak dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Di dalamnya terbina bateri yang menawarkan penggunaan sehingga 5 jam dan ketinggian boleh dilaraskan sehingga 90°. Selain itu, ia juga boleh disambungkan pada komputer riba atau peranti pintar secara tanpa wayar.

Harga jualan rasmi adalah RM1099 tetapi boleh dapatkannya pada RM909 dalam tempoh promosi terhad 3 hingga 4 Ogos ini.

Predator Orion 3000




Komputer meja (desktop) Predator Gaming Orion 3000 direka khusus untuk gamer yang mahukan PC pada saiz yang tidak terlalu besar. Ia lengkap dengan cip pemproses hingga Intel Core i7-11700F, kad grafik RTX 3070, 8GB RAM dan storan hingga 1TB.

Selain itu, turut menyokong slot RAM tambahan hingga 64GB dan menambah storan. Komputer ini juga mempunyai kipas FrostBlade untuk menyejukkan perkakas serta pencahayaan RGB.

Predator Orion 3000 dijual pada harga bermula RM3999 sahaja dan pembeli yang membuat pembelian semasa tempoh promosi ini akan menerima fon kepala Predator Galea 350 atau Predator Galea 311.

Acer Nitro 50




Bagi anda yang mahu bermain permainan yang baik tanpa berbelanja banyak, Acer Nitro 50 hadir dengan cip pemproses hingga Intel Core i7-11700F, GTX 1660 SUPER, 8GB RAM, storan hingga 512GB serta slot tambahan memori.

Ia dijual dengan harga RM4899 untuk varian Intel Core i7-11700F dan RTX 1660 SUPER. Sementara RM3399 bagi varian Intel Core i5-11400F dan GTX 1650.

Seperti biasa, bersempena jualan Acer dan Shopee ini, pembelian Nitro 50 menawarkan hadiah percuma fon kepala Predator Galea 350 atau Predator Galea 311.

Monitor Gaming




Terdapat dua monitor gaming diperkenalkan Acer melalui Predator X34 GS dan Nitro XV252Q F.

Predator X34 GS adalah monitor ultra lebar bersaiz 34 inci menggunakan panel IPS dan menyokong gamut warna 98% DCI-P3 dengan Delta E<2 beresolusi QHD.

Ia juga menyokong kadar segar semula sehingga 180Hz dengan masa tindak balas GTG 0.5ms serta paparan VESA DisplayHDR400.



Sementara Nitro XV252Q F pula adalah monitor bersaiz 24.5 inci menggunakan panel Fast Liquid Crystal. Ia menyokong kadar penyegaran hingga 390Hz serta teknologi AMD FreeSync Premium.

Kedua-dua monitor ini dijual pada tanda harga RM3999 dan RM1999. Setiap pembelian monitor tersebut juga, pembeli bakal menerima hadiah percuma.

Sekiranya anda berminat, jangan lepaskan peluang untuk membeli produk baharu daripada Acer ini pada 3 dan 4 Ogos 2021 melalui Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Baca juga artikel berkaitan: