Tidak Cukup Hanya Bateri, Jokowi Mahu Tesla Keluarkan Kereta Elektrik Di Indonesia

Joko Widodo memberitahu bahawa beliau mahu Tesla turut membangunkan kereta elektrik mereka di Indonesia, bukan hanya mengeluarkan bateri EV.

Indonesia antara negara yang mempunyai sumber nikel terbesar di dunia sekarang justeru menjadi perhatian pengeluar kereta eletekrik. Hal ini kerana ia merupakan bahan utama untuk bateri kereta elektrik (EV).

Presiden Indonesia itu juga berharap perkara yang sama dengan jenama lain termasuk Ford, Hyundai, Toyota dan Suzuki.

Beliau tidak mahu Indonesia "digunakan" hanya untuk sumber asli di bumi mereka saja tetapi turut mendapat pelaburan dan memegang peranan besar dalam industri EV yang semakin membesar.

Joko mahukan "ekosistem kereta elektrik" yang besar di sana. Kita juga sedar ini merupakan perniagaan yang cerah masa depannya dengan banyak jenama kereta lain sudah mula mengeluarkan EV.

Ditanya apa yang menjadi cabaran untuk mendapatkan persetujuan dengan Tesla ini, Jokowi bertegas perkara itu masih dalam perbincangan dan memerlukan masa.

{suggest}

Selari dengan itu, Indonesia juga bercadang untuk mengenakan cukai ke atas eksport nikel tahun ini. Jokowi juga mengakui perkara tersebut dalam temubual yang sama.

Mei lalu, Jokowi sudah bertemu dengan Musk untuk pelaburan Tesla di sana. Elon tidak berjanji namun berkata ia mungkin akan ke seberang pada Novemberi ini. Anda boleh baca berita penuh di SINI.

Selain nikel, Indonesia juga mempunyai bekalan tembaga dan timah yang banyak.

Walaupun kebanyakan keluaran nikel Indonesia setakat ini dieksport sebagai bahan untuk loji keluli di China dan lain-lain namun Jokowi berminat untuk menjadikan negara itu sebagai hab kereta elektrik dan bateri.

Sumber: Bloomberg