Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk

Neuralink Akan Tingkatkan Pengeluaran Implan Otak Pada Tahun Ini – Elon Musk

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh Amalina Athman

Syarikat neuroteknologi milik Elon Musk, Neuralink, akan memulakan pengeluaran berskala besar bagi peranti antara muka otak-komputer, serta beralih kepada prosedur pembedahan yang diperkemas dan hampir sepenuhnya automatik pada tahun ini.

Dalam hantaran di X, Musk berkata benang peranti tersebut akan dimasukkan melalui lapisan dura-mater tanpa perlu mengeluarkannya.

Neuralink will start high-volume production of brain-computer interface devices and move to a streamlined, almost entirely automated surgical procedure in 2026.

Device threads will go through the dura, without the need to remove it. This is a big deal. https://t.co/nfNmtFHKsp

— Elon Musk (@elonmusk) December 31, 2025

Implan ini direka untuk membantu individu yang mengalami masalah seperti kecederaan saraf tunjang. Pesakit pertama yang menerima implan tersebut telah menggunakannya untuk bermain permainan video, melayari internet, membuat hantaran di media sosial, serta menggerakkan kursor pada komputer riba.

Sebagai rujukan, Neuralink mula menjalankan ujian implan otak ke atas manusia pada 2024 selepas menyelesaikan isu keselamatan yang dibangkitkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), yang sebelum ini menolak permohonan pada 2022.

Memetik laporan Reuters, Neuralink memaklumkan setakat September lalu, seramai 12 individu di seluruh dunia yang mengalami lumpuh teruk telah menerima implan otak dan menggunakannya untuk mengawal peranti digital serta fizikal hanya melalui pemikiran.

Syarikat itu turut berjaya mengumpul dana sebanyak $650 juta (~RM2.64 bilion) dalam pusingan pembiayaan pada Jun lalu.

Berkaitan

  • Elon Musk Dakwa Manusia Pertama Dipasang Cip Neuralink Sudah Boleh Kawal Tetikus
  • Apple iPad Kini Boleh Dikawal Dengan Fikiran
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
©2026 WISER.MY