Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Mula Uji ‘Cloud Gaming’, Boleh Kawal Guna Telefon

Netflix Mula Uji ‘Cloud Gaming’, Boleh Kawal Guna Telefon

Diterbitkan Ogos 16, 2023 · Dikemas kini Ogos 16, 2023 oleh Firdaus

Netflix mengumumkan satu pengujian beta tertutup perkhidmatan permainan awan (cloud gaming) kepada sebilangan kecil pelanggan mereka di AS dan Kanada.

Menariknya dalam beta tertutup pada kali ini, permainan yang ditawarkan boleh dimain dalam semua platform seperti televisyen, komputer dan peranti pintar.

Netflix Mula Uji ‘Cloud Gaming’, Boleh Kawal Guna Telefon

Selain itu, pengguna boleh memainkan games yang tersedia melalui telefon pintar kita sendiri. Benar, Netflix menyediakan platform gaming awan ini dimana kita boleh menggunakan telefon kita sendiri sebagai alat kawalan.

Namun begitu, hanya 2 games sahaja tersedia untuk diuji dalam beta tertutup ini – Oxenfree dan Molehew’s Mining Adventure.

Disebabkan ia masih diperingkat beta, hanya beberapa peranti terpilih sahaja yang dapat menyokong pengujian ini seperti:

  • Pemain media penstriman Amazon Fire TV
  • Chromecast dengan Google TV
  • TV LG
  • Nvidia Shield
  • Peranti Roku dan TV
  • TV Pintar Samsung
  • Walmart Onn

Netflix masih lagi dianggap berada di fasa awal melalui penglibatannya dalam industri gaming dan penstriman awan ini. Namun begitu, tidak mustahil Netflix mungkin akan dapat menawarkan salah satu perkhidmatan penstriman gaming terbaik di masa akan datang.

Berkaitan

  • Xbox Dah Ada Sistem Baharu Untuk Hukum Pemain "Toxic"
  • Redmi Pad SE Diperkenalkan, Snapdragon 680 Dan Bateri 8000mAh
  • One Piece Pecah Rekod Dunia Sendiri, Jualan Manga Terbanyak Di Dunia
  • Individu Gagal "Tipu" Kastam Lepas Cuba Seludup 68 iPhone Yang Diikat Di Badan
  • WhatsApp Uji Ciri Pelekat Dengan Janaan AI

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY