Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ Luluskan Percubaan Sistem e-Testing, Salah Satu Usaha Banteras ‘Lesen Terbang’

JPJ Luluskan Percubaan Sistem e-Testing, Salah Satu Usaha Banteras ‘Lesen Terbang’

Diterbitkan November 9, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Bursa Malaysia di laman rasminya mengumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meluluskan MyEG untuk melakukan percubaan (proof of concept) bagi sistem latihan dan ujian memandu automatik, e-Testing selama dua bulan bermula 1 Disember 2021 sehingga 1 Februari 2022.

Percubaan sistem ini bertujuan untuk menilai kesesuaiannya untuk digunakan dengan lebih meluas pada masa akan datang. Menerusi e-Testing, penilaian terhadap calon dilakukan secara elektronik dan keputusan ujian akan dijana secara berkomputer.

Terdahulu, e-Testing ini telah dimulakan sejak 2018 ketika Anthony Loke memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Ia adalah salah satu usaha untuk membanteras gejala rasuah seperti “lesen terbang”. Beberapa institut di Johor telah terlibat semenjak Januari 2020.

Dengan percubaan selama dua bulan kelak, kita mungkin dapat melihat ia diimplimentasikan di seluruh negara dalam tahun-tahun mendatang.

Sumber: Lowyat

Baca juga:

  • Ini Cara Buat Janji Temu JPJ Secara Dalam Talian
  • Berlaku Masalah Terhadap Sistem Tempahan Janjitemu, Pos Malaysia Mohon Maaf
  • Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Dalam Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY