Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix game

Netflix Game Lambat Tiba Untuk iOS Mungkin Sebab Polisi Apple

Diterbitkan November 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan lalu, Netflix telah pun mula menguji penawaran Netflix Game buat negara-negara terpilih dan baru-baru ini juga, ia sudah tersedia buat semua pengguna Android di seluruh dunia.

Namun, bagi pengguna iOS yang masih tertanya-tanya mana Netflix Game, berkemungkinan anda perlu menunggu sedikit masa lagi. Hal ini kerana menurut pembangun Steve Moser, Netflix Game untuk iOS akan ditawarkan berbeza berbanding di Android.

Ia sebenarnya mungkin berkait rapat dengan polisi Apple. Untuk membawa masuk Netflix Game buat pengguna iOS, Netflix perlu menawarkannya khusus di App Store sahaja.

Bermakna, jika pengguna iOS mahu memainkan lima permainan Netflix tersebut, mereka perlu melancarkannya secara individu seperti aplikasi lain dan bukannya menerusi Netflix sendiri.

Buat pengetahuan, di Android, pengguna ada pilihan untuk melancarkan permainan tersebut menerusi tab khusus di aplikasi Netflix. Sebaliknya iOS, Apple tidak mahu aplikasi pihak ketiga mempunyai keupayaan sebegitu atau all-in-one game hubs.

Tambahan lagi, ini bukan kali pertama Apple berbuat demikian. Ini kerana Google Stadia atau GeForce Now mahupun Facebook turut melakukan perkara yang sama dengan akur polisi dibuat Apple.

Sumber: verge

Baca juga:

  • Demi Promosi Animasi Arcane, Empat Permainan Riot Kini Di Epic Games Store

  • Mimpi Jadi Realiti, Sony Rasmi Bawa Permainan God of War Untuk PC

  • Squid Game Cipta Sejarah Di Netflix

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY