Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Riot Game Epic

Demi Promosi Animasi Arcane, Empat Permainan Riot Kini Di Epic Games Store

Diterbitkan November 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika Dota hadir dengan siri animasi Dragon’s Blood di Netflix, pesaingnya League of Legends turut tidak ketinggalan menawarkannya juga menerusi Arcane.

Demi mempromosikannya, pembangun permainan tersebut Riot Games kini membawa masuk empat judul permainan mereka ke Epic Games Store.

Permainan tersebut adalah Valorant, League of Legends, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics. Kolaborasi bersama Epic ini adalah pertama kali dilakukan Riot Games.

photo_2021-11-05 17.04.07

Seperti yang dinyatakan, ia adalah untuk mempromosikan animasi Arcane yang akan mula ditayangkan secara global di Netflix bermula 6 November.

Siri Animasi League Of Legends “ARCANE” Akan Tiba Di Netflix

Oleh yang demikian, jika anda memasang (install) mana-mana permainan tersebut, secara tidak langsung pelancar Riot Client turut akan dipasang (jika belum pernah ada).

Kemudian, anda boleh melancarkan permainan melalui aplikasi Epic Games atau pun ikon diĀ desktop.

Malah, pada masa yang sama, Epic juga mendapat kelebihan kerana akan ada individu baharu yang bakal memasang aplikasi Epic Games seperti mana yang berlaku terhadap penawaran GTA V secara percuma pada tahun lalu.

Sumber: Epic Games

Baca juga:

  • Epic Game Store Ada Berjuta Pengguna Baru Sejak Bagi GTA 5 Percuma

  • Rasmi – GTA: The Trilogy Diumumkan, ‘Gameplay’ Moden Dan Hadir Untuk Semua Platform

  • Mimpi Jadi Realiti, Sony Rasmi Bawa Permainan God of War Untuk PC

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY