Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Dilapor Ingin Menawarkan ‘Games’ Pada Platform Mereka Tahun Depan

Netflix Dilapor Ingin Menawarkan ‘Games’ Pada Platform Mereka Tahun Depan

Diterbitkan Julai 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Netflix merupakan salah satu platform perkhidmatan penstriman filem dan drama yang popular di dunia. Kini, mereka ingin membuat lebih daripada itu.

Hal ini kerana Bloomberg melaporkan Netflix sedang merancang untuk menawarkan permainan video (games) dalam langganannya sekitar tahun hadapan.

Tambahan lagi, Netflix turut telah melantik Mike Verdu untuk projek ini yang mana beliau adalah bekas eksekutif Electronic Arts (EA) dan Facebook. Mereka juga mempertimbangkan permainan secara “bundle” seperti Apple Arcade. Dari segi harga langganan, tiada peracangan untuk menaikkan kosnya.

Mike Verdu sebelum ini pernah membangunkan permainan The Sims, Plants vs Zombies dan francais Star Wars. Netflix berkata mereka akan membawa masuk lebih ramai lagi untuk bahagian permainan dalam beberapa bulan dari sekarang.

Terdahulu, Netflix pernah menyatakan kepada Polygon, mereka sememangnya mahu menawarkan lebih banyak hiburan interaktif.

Black Mirror: Bandersnatch
Black Mirror: Bandersnatch

Buat pengetahuan, Netflix pernah menerbitkan permainan menerusi Stranger Things dan Stranger Things: The Game. Malah, telah menawarkan beberapa pengalaman interaktif di platformnya seperti Black Mirror: Bandersnatch.

Tambah Netflix, mereka tidak berkata pesaing terdekatnya bukan dari Amazon Prime, Disney+, HBO atau HULU. Akan tetapi, Fortnite adalah pesaing terbesar.

Thank you to everyone who attended and created content around the Travis Scott event!

Over 27.7 million unique players in-game participated live 45.8 million times across the five events to create a truly Astronomical experience. 🤯🔥 pic.twitter.com/LSH0pLmGOS

— Fortnite (@Fortnite) April 27, 2020

Ini kerana Fortnite bukan sahaja menawarkan permainan tembak menembak, tetapi ia juga adalah tempat gamer berkumpul untuk bersosial. Bahkan, permainan seperti Fortnite dan Roblox membolehkan pemainnya menonton filem dan konsert.

Sumber: Bloomberg, Polygon

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Baca juga – Ini Adalah Tiga Platform Penstriman Popular Di Malaysia

Baca juga – Disney+ Hotstar Kini Rasmi Buat Pengguna Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY