Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Sahkan Penemuan Planet ‘Super-Earth’ Baharu “Hampir” Dengan Bumi

NASA Sahkan Penemuan Planet ‘Super-Earth’ Baharu “Hampir” Dengan Bumi

Diterbitkan Februari 2, 2024 · Dikemas kini Februari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini berkata mereka mengesahkan kewujudan planet baharu, TOI-715 b, iaitu 1.5 kali lebih luas daripada Bumi dan wujud dalam zon bintangnya.

Dikategorikan sebagai ‘super-earth‘, NASA percaya planet ini secara teorinya air cecair boleh terbentuk di permukaan planet ini.

NASA mendakwa, TOI-715 b berada agak dekat dengan Bumi – hanya 137 tahun cahaya sahaja. NASA juga percaya sistem yang sama juga mungkin menyimpan planet kedua bersaiz Bumi.

Ia ditemui oleh satu pasukan ahli astronomi global yang diketuai oleh saintis UK Georgina Dransfield dengan menggunakan Satelit Tinjauan Exoplanet Transit (TESS), di mana kewujudan planet baharu ini juga telah disahkan oleh sekurang-kurangnya lima teleskop lain, termasuk teleskop Gemini-Selatan di Chile dan teleskop Balai Cerap Las Cumbres.

NASA mengelaskan Super-Earth sebagai planet tidak seperti mana-mana dalam sistem suria kita.

NASA menyatakan Super-Earth adalah lebih besar daripada Bumi, namun lebih ringan daripada gergasi ais seperti Neptune dan Uranus, dan boleh diperbuat daripada gas, batu atau gabungan kedua-duanya.

Super-Earth hanya rujukan kepada saiz exoplanet – lebih besar daripada Bumi dan lebih kecil daripada Neptune – tetapi tidak mencadangkan ia semestinya serupa dengan planet rumah kita.

Sifat sebenar planet-planet ini masih diselubungi dengan misteri.

TOI-715 b bukanlah satu-satunya planet Super-Earth yang pernah ditemui. Setakat ini, sebanyak 1,679 Super-Earth telah disenaraikan di laman rasmi NASA.

Berkaitan

  • Bukan Lagi Fiksyen, China Bangunkan Perisai Plasma Untuk Pertahanan Tentera
  • Tonton Stesen Angkasa Lepas Diletupkan Pada Skala Sebenar
  • Google Maps Hadir Dengan 'AI' Untuk Teroka Tempat Baharu

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY