Malah WhatsApp juga sedang membangunkan ciri mesej teks yang boleh ditetapkan untuk ia terpadam sendiri.

Walaubagaimanapun, menjadi persoalan pula mengapa ciri menyekat tangkap layar pada mesej WhatsApp tidak diaplikasikan?
Jadi apa manfaatnya dengan ciri mesej dan media terpadam sendiri yang dibangunkan WhatsApp?

Bagi menjawab persoalan ini, laman Wabetainfo yang memfokuskan kepada berita-berita terkini WhatsApp mungkin ada jawapannya.
Wabetainfo menjelaskan, sebab mengapa ciri sekatan tangkap layar tidak diaplikasikan pada aplikasi WhatsApp adalah kerana untuk melindungi penggunanya.
Dengan kata lain, WhatsApp mahukan penggunanya menggunakan dengan betul platfom mereka dan elakkan daripada berdepan situasi tidak diingini.
Seterusnya bagi mengelakkan insiden lebih buruk, pembangun WhatsApp tidak mahu pengguna menggunakan aplikasi pihak ketiga yang akan membolehkan mereka melepasi ciri sekatan tangkap layar, sekaligus mesej peribadi yang dihantar itu sebenarnya telah dibuat tangkap layar oleh penerima.
Lebih teruk lagi si penghantar mesej tersebut tidak pula tahu akan keadaan sebenar yang berlaku kerana tiada sebarang notifikasi dimaklumkan.
Malah jika ada ciri sekatan tangkap layar pada WhatsApp sekalipun, penerima mesej peribadi yang mungkin berniat tidak baik masih tetap akan melakukan dengan cara seperti menangkap gambar mesej WhatsApp dengan menggunakan peranti pintar yang lain pula.
Jadi ringkasnya, situasi seperti itu tiada kesudahannya.
Maka sebab itulah WhatsApp tidak menyertakan ciri sekatan tangkap layar pada aplikasi mereka.
Kesimpulannya, ia berbalik pada pengguna itu sendiri supaya sentiasa peka dan berhati-hati dengan mesej yang dihantar atau dikongsikan supaya ia tidak memberi kesan buruk kelak pada mereka.
Ciri mesej dan media terpadam sendiri itu juga tidak pernah dinyatakan sebagai satu ciri bagi melindungi privasi penggunanya.
Sebaliknya WhatsApp menyatakan ciri tersebut adalah sebagai cara untuk pengguna mengurus storan peranti daripada penuh dengan pelbagai kandungan yang diterima mereka setiap hari menerusi aplikasi tersebut.
Sumber: Wabetainfo
Baca juga: Tujuan Ciri Mesej Terpadam Sendiri Pada Aplikasi WhatsApp
WhatsApp Bakal Perkenal Fungsi "Delete Messages" - Padam Mesej Pada Waktu Yang Ditetapkan
Akhirnya Ciri 'View Once' Mula Ditawarkan Pada Pengguna WhatsApp Terpilih
Berkaitan
- TM Merekodkan Peningkatan Pendapatan Hampir RM700 Juta Pada Tahun 2021
- WhatsApp Perkenal Sejumlah 21 Emoji Baru
- Aplikasi WhatsApp Kini Boleh Digunakan Bersama Telefon Nokia 8110
- Mesej Tular Jangan Tekan Butang "1" Di WhatsApp Dan Facebook Adalah Palsu
- Tujuan Ciri Mesej Terpadam Sendiri Pada Aplikasi WhatsApp
- WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
- Beberapa Negara Mengalami Masalah Mengakses Laman Facebook, Instagram, Messenger Dan WhatsApp
- Akhirnya Ciri 'View Once' Mula Ditawarkan Pada Pengguna WhatsApp Terpilih
- Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp
- Bukan Lagi 8 Tapi Kini 32 Peserta Boleh Sertai Panggilan Video Grup WhatsApp