Ia adalah komet terbesar yang pernah ditemui melalui Teleskop Angkasa Hubble selepas 20 tahun. Pemegang rekod terbesar sebelum ini ialah C/2002 VQ94 dengan nukleus sebesar 97km, dikesan pada 2002.

Komet Bernardinelli-Bernstein yang bernukleus sebesar 129km sudah bergerak ke arah Matahari lebih 1 juta tahun dahulu. Ia didakwa sekitar 50 kali ganda lebih besar daripada nukleus komet lain dan jisimnya pula dipercayai sekitar 500 trilion tan.
Diameternya nukleusnya itu diumpamakan lebih besar daripada Pulau Rhodes, Amerika Syarikat menurut NASA.

Usaha untuk mendapatkan ukuran tepat komet ini bukanlah mudah kerana ahli astronomi mengalami kesukaran membezakan nukleus dan 'coma' habuk padanya.
https://twitter.com/NASAHubble/status/1513881917950771205?s=20&t=3qsffjTtW16_wMEigENS3w
Komet C/2014 UN271 ini pertama kali ditemui oleh Pedro Bernardinelli dan Gary Bernstein melalui imej dari balai cerap di Chile. Pada November 2010, ia berada lebih 4 juta kilometer daripada Matahari. Semenjak itu, ia terus dikaji dan dicerap.
Jelas David Jewitt, saintis dari UCLA, "Komet hanyalah sedikit (tip of the iceberg) daripada beribu-ribu komet lain yang terlalu jauh untuk dicerap. Kami memang jangka ia bersaiz bessar kerana ia sangat cerah walaupun dengan jarak yang begitu jauh. Sekarang kita tahu."
Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana komet ini dijangka menghampiri Matahari pada 2031 dengan dengan jarak 1.6 bilion kilometer daripada bintang tersebut. Ini lebih kurang jarang Matahari dengan planet Zuhal (Saturn).

Saintis percaya komet ini terbentuk daripad Awan Oort, satu kawasan yang mengandungi lebih satu trilion komet dan ia berada jauh daripada sistem solar kita. Sesetengah komet dari sana kemudian bergerak ke merata pelusuk alam disebabkan tarikan graviti oleh bintang-bintang yang melaluinya.
Sumber: NASA
Baca juga:
- Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk
- Asteroid Berdiameter Lebih 2000 Kaki Dikesan Akan Menghampiri Bumi April Ini
Berkaitan
- Selepas iOS, Butang 'Downvote' Kini Diuji Di Twitter Versi Web
- Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk
- Amazon Buang 9,000 Pekerja Selepas Tamatkan 18,000 Jawatan Tahun Lepas
- Kemas Kini watchOS 8.1.1 Dilepaskan, Baiki Isu Pengecasan
- Brazil Tarik Semula Sekatan Terhadap Telegram Selepas 2 Hari Perintah Dikeluarkan
- Selepas CIMB, Kini Maybank Pula Mudahkan Anda Bekukan Akses Terhadap Maybank2U Dan MAE
- CEO Axiata Letak Jawatan Selepas Umum Celcom Sedang Cuba Sertai DNB
- Stesen Angkasa Lepas Berhenti Beroperasi, Akan 'Dihempaskan' Ke Lautan Pasifik Pada 2031
- unifi Tanya "Bersediakah Anda Untuk 5G?" Selepas 7 Bulan Ditunda
- Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku CEO Air Asia X