Naruto Bakal Tampil Dengan Siri "Spin-Off" Baharu Bulan Hadapan

Siri anime popular, Naruto telahpun tamat pada tahun 2017 selepas ditanyangkan selama 15 tahun atau sebanyak 500 episod sejak dari 2002.

Kini, siri itu telah disambung dengan siri Boruto: The Next Generations yang lebih menfokuskan kehidupan anak lelaki Naruto, Boruto dan rakan-rakannya.

Siri Boruto berlandskapkan era 15 tahun selepas Perang Shinobi Ke-Empat. Terbaru, satu siri "spin-off" Naruto pula disahkan akan ditayangkan tidak lama lagi.

Kapsyen: Comic Book


"Naruto Shinden(The New Legend of Naruto)" akan disiarkan bermula 10 Februari ini dan ia mengetengahkan tiga watak utama iaitu Naruto, Sasuke dan Shikamaru.

Siri baru ini mengambil tempat di zaman yang sama dengan Boruto, malah ia akan disiarkan bersama dengan siri Boruto untuk tiga minggu pertama.

Berita ini sememangnya memberi keterujaan kepada peminat Naruto, terutama bagi mereka yang merindui aksi dua ninja lagenda Konoha, Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke.

 

Sumber: HITC    International Business Times

Berkaitan