Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYSA Satelit 2

MYSA Lakar Sejarah Laksanakan Pengujian Satelit Yang Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Disember 27, 2022 oleh ariff bukhari

Pada 23 Disember 2022 lepas, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) buat pertama kalinya telah berjaya melaksanakan Satellite Test Campaign yang pertama di Malaysia. 

Kempen pengujian satelit ini telah dilaksanakan di Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit, Kompleks Teknologi Angkasa, Banting.

Pengujian itu dilaksanakan ke atas satelit bernama POCKETQUBE SATELLITE bersaiz 5cm x 5cm x 5cm yang seberat 250g.

MYSA Lakar Sejarah Laksanakan Pengujian Satelit Yang Pertama Di Malaysia
MYSA Lakar Sejarah Laksanakan Pengujian Satelit Yang Pertama Di Malaysia
MYSA Lakar Sejarah Laksanakan Pengujian Satelit Yang Pertama Di Malaysia

Kempen Pengujian itu telah bermula pada 19 Disember 2022 dengan sesi Test Readiness Review sebagai persediaan untuk pengujian getaran.

Kempen diteruskan dengan pengujian vakum terma yang telah berlangsung selama 30 jam.

Kempen Pengujian Satelit itu berakhir pada 23 Disember 2022 dengan sesi Test Review Board yang mengesahkan kempen pengujian satelit POCKETQUBE telah berakhir dengan jayanya.

POCKETQUBE SATELLITE dihasilkan oleh syarikat tempatan, SPACEIN SDN BHD (SPACEIN) yang merupakan sebuah syarikat ‘spinoff’ Universiti Sains Malaysia yang beroperasi di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Berkaitan

  • Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 8 November Ini - MYSA
  • Kurang 18 Jam Untuk Anda Muat Turun 'Game' Termahal Yang Diberi Percuma Setakat Ini
  • Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk 'Log In' Pertama Kali Di Telefon Baru, Kuat Kuasa Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY