Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aseansat 2

MYSA Uji Satelit Milik Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Diterbitkan Januari 29, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa pada 18 Januari 2023 lalu, mereka telah berjaya menyempurnakan satu lagi proses pengujian dan pengukuran ke atas satelit/komponen satelit di Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit, Kompleks Teknologi Angkasa, Banting.

Proses pengujian dan pengukuran untuk kali ini melibatkan satelit ASEANSAT milik Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Satelit ASEANSAT merupakan sebuah nanosatelit bersaiz 10cm x 10cm x 11.35cm dan seberat 1,200g yang dibangunkan di bawah Projek Nanosatelit ASEANSAT yang merupakan kolaborasi antara negara-negara di Asia.

aseansat 3
aseansat 1

Projek ini turut disertai oleh University of Perpetual Help System Dalta (UPHSD) dari Filipina, Pensmith STEM International School dari Thailand, dan Kyushu Institute of Technology dari Jepun.

Proses pengujian ini adalah bertujuan bagi menguji ketahanan dan fungsi satelit sebelum satelit dilancarkan ke orbit.

aseansat 4

MYSA menyatakan bahawa pihak mereka berbangga atas penglibatan dan perkongsian kepakaran dalam projek ini, dan merakamkan penghargaan kepada UiTM atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan kempen pengujian satelit ini.

MYSA juga mengucapkan selamat maju jaya kepada UiTM dalam program nanosatelit ASEANSAT.

Berkaitan

  • TM Dan ZTE Bawa Pengalaman Jalur Lebar 50Gbps Pertama Di Malaysia
  • Anda Digesa Semak Dan Buang Segera 203 Aplikasi Android Dan iOS Ini Dari Peranti
  • Kelakuan Monopoli TnG Ke Atas Sistem Pembayaran Tol Tidak Dikira Melanggar Akta - MyCC

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY