GAMER Arena telah dimulakan sejak tahun 2019 lagi dengan penyediaan satu siri kejohanan, dan program berkenaan menjalankan 48 kejohanan melalui 16 judul permainan. Ia juga dicipta untuk membina asas e-sukan di rantau ini.
Buat julung kalinya, bermula pada Januari hingga Mac 2020 ini, gelanggang GAMER Arena Musim 1 akan dibuka kepada semua penyertaan selain Singapura, iaitu dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Dalam pusingan kelayakan kejohanan ini, GAMER Arena bakal membawa tiga judul permainan, iaitu PlayStation 4: FIFA 20 Ultimate Team, Call of Duty: Modern Warfare dan TEKKEN 7. Hadiah sebanyak 25,000 USD dalam bentuk wang tunai dan hadiah ditawarkan.
Sepanjang ia diadakan sebelum ini, GAMER Arena telah mendapatkan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi seperti ASUS Republic of Gamers (ROG), Secretlab, Sony Electronics Singapore dan Warner Bros. Interactive Entertainment.
"Kami dapat melihat sendiri betapa pemain-pemain profesional yang beraspirasi menginginkan peluang untuk menguji kemahiran mereka dan bertemu pemain-pemain lain seperti mereka," kata Lawrence Chan selaku Pengarah Urusan MyRepublic Singapura.
Kejohanan ini bakal dikendalikan oleh Eliphant sebagai salah sebuah syarikat e-sukan yang terkemuka di Asia Tenggara. Eliphant juga merupakan penganjur kejohanan ini pada tahun pertama dan sering bekerjasama dengan MyRepublic. Kerjasama ini juga akan diperkembangkan lagi agar syarikat-syarikat ini dapat meneroka cara-cara lain yang membolehkan komuniti permainan video terus hidup.
Jadi, untuk dapatkan maklumat lanjut tentang MyRepublic GAMER Arena, sila kunjungi laman sesawang mereka di myrepublic.net.
Berkaitan
- Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
- EA Umum Piala Dunia 2018 Russia Akan Hadir ke FIFA 18 Secara Percuma
- 7 Skil Manusia Yang Semakin Hilang Di Telan Zaman Dek Kerana Teknologi
- Kenapa Ramai Pengguna Sosial Meletakkan Gambar Profil Berwarna Biru? Ini Sebabnya
- Redmi Note 7 Boleh Mula Didapati Di Malaysia Pada 19 Mac Ini
- Lima Perkara Yang Kami Mahukan Dalam Permainan FIFA 20
- Jualan iPhone 7 Jatuh 25 Peratus
- Apa Yang Kita Tahu Tentang Siri Samsung Galaxy S20 Setakat Ini
- (Video) Rakaman Video Dalam Air Dilakukan Menggunakan Mate 20 Pro
- Galaxy Note FE - Kelahiran Semula Note 7