Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Cara Untuk Menyahaktifkan Tag RFID Anda Secara ‘Online’

Ini Cara Untuk Menyahaktifkan Tag RFID Anda Secara ‘Online’

Diterbitkan Mei 18, 2022 oleh Firdaus

Sebelum ini, penyahaktifan tag RFID hanya boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu emel dan juga panggilan telefon. Akan tetapi, sekarang ini anda sudah boleh menamatkan perkhidmatan tag RFID anda secara atas talian melalui portal RFID.

Disebabkan tag RFID ini hanya terhad pada satu kereta dan akan rosak apabila ditanggalkan, maka pengguna harus menyahaktifkannya dalam beberapa situasi.

Contohnya, apabila kenderaan dipindah milik, kehilangan kenderaan dan lain-lain. Ini bagi memastikan sebarang transaksi melalui RFID tidak akan berlaku.

Langkah-langkah untuk menyahaktifkan tag RFID:

  • Pertama, anda perlu log masuk ke dalam akaun anda. Cari bahagian “My Vehicles” dan klik padanya.
  • Anda akan dibawa kepada laman muka baharu seperti gambar di bawah. Klik pada butang “ACTIONS” untuk membuka pilihan yang ada.

TNG RFID 2

  • Seterusnya, pilih dan klik pada pilihan “terminate tag“.
  • Anda perlu klik pada butang “Reasons” untuk memilih sebab kenapa anda ingin menamatkan tag RFID anda.
  • Selepas itu, pilih “Yes” kepada soalan pengesahan yang ada ditanya.
  • Akhir sekali, tag RFID anda telah berjaya ditamatkan.

TNG RFID 1

Sebelum ini, pengguna agak terbeban akan cara penyahaktifan tag RFID yang melecehkan kerana perlu dibuat secara manual. Melalui alternatif baharu ini, pengguna dapat menamatkan perkhidmatan tag RFID dengan mudah di hujung jari sahaja.

Sumber: Touch ‘n Go 

Baca juga:

  • Snapdragon 8 Gen 1 Plus, Mungkin Prestasi Lebih Laju Tapi Tak Panas
  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda ‘Overheat’
  • Ada Bajet Tapi Masih Keliru? Ini GPU Terbaik Ikut Bajet Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY