Ia kini benar-benar berlaku dimana dua peranti kelas pertengah tersebut sudah diumumkan. Sony Xperia 10 Plus hadir dengan skrin 6.5 inci IPS LCD dengan resolusi 1080 x 2520 piksel.
Bahagian dalaman pula dilengkapi dengan cip Snapdragon 636 ditemani sistem memori RAM 4GB dan ruang storan 64GB beserta sokongan memori tambahan sehingga 512GB melalui kad MikroSD.
Menggunakan dwi lensa gabungan sensor utama 12MP dan telefoto 8MP, ia boleh merakam video 4K pada format 16:9 dan 21:9 dengan sokongan SteadyShot, ciri penstabilan elektronik. Kamera swafoto pula menggunakan lensa 8MP. Xperia 10 Plus dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh.
Sony Xperia 10 pula dipasang dengan saiz skrin yang kecil sedikit iaitu 6 inci bersama resolusi sama seperti model Plus. Dikuasakan dengan Snapdragon 630, RAM yang digunapakai adalah 3GB serta storan sebesar 64GB yang juga menyokong memori tambahan dari kad MikroSD.
Tetapan dwi kamera belakang merupakan kombinasi dari lensa utama 13MP dan 5 MP untuk ciri depth. Seperti model diatas, ia turut berupaya merakam video 4K dengan ciri SteadyShot. Lensa 8MP menghiasi panel hadapan untuk fungsi rakaman swafoto. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 2870mAh.
Kedua-dua peranti tampil dengan nisbah paparan 21:9 (difahamkan ia bukan skrin CinemaWide) dan tidak mempunyai sokongan pengecasan pantas. Dari segi harga, Xperia 10 dikatakan dijual pada nilai $350 (~RM1423) dan Xperia 10 Plus pula $430 (~RM1748).
Sony Xperia 10 Plus
Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.
Berkaitan
- Sony Perkenal Xperia XZ2 Dan Xperia XZ2 Compact
- Sony Dikatakan Memfailkan Paten Telefon Dengan Skrin Telus Yang Boleh Dilipat
- iOS 12 Sedia Dimuat Turun, Ini 10 Ciri Tersembunyi Yang Anda Boleh Nikmati
- Potongan Harga Sebanyak RM400 Untuk Huawei Mate 10 Pro
- OnePlus 5 Kalahkan iPhone 7 Plus Dalam Ujian Kepantasan
- iPhone X Plus Mungkin Dilengkapi Dengan 2 Bateri Dan RAM 4GB
- (Video) Apple Ajar Cara Ambil Gambar Guna Ciri "Potrait Lighting" Pada iPhone 8 Plus
- Sony Pening Kepala Untuk Letak Harga Jualan PS5
- Sony Lancar TV 4K
- Redmi K30 Ultra Dilancarkan - Dijana MediaTek Dimensity 1000+ Dan Paparan 120Hz