Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mungkin Ini Adalah Spesifikasi Xiaomi Mi 11 Lite 4G

Posted on Mac 22, 2021

Terdahulu, kami telah melaporkan spesifikasi yang dijangka digunakan pada Xiaomi Mi 11 Lite 5G. Kini, dikhabarkan spesifikasi varian 4G pula tertiris di internet.

Jika anda tidak tahu, telefon Mi 11 Lite akan hadir dengan dua varian, iaitu 5G dan 4G.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, telefon ini mungkin dilengkapi skrin AMOLED 6.55 inci dengan kadar penyegaran 90Hz.

Xiaomi Mi 11 Lite 4G specs + some images

-6.55", AMOLED, FHD+, 2400 x 1080, 90Hz
-Qualcomm Snapdragon 732G
-64MP + 8MP Ultra Wide + 5MP Telemacro
-4250mAh, 33W
-Android 11, MIUI 12
-Bluetooth 5.2, NFC, Dual SIM, microSD slot, No 3.5mm jack
-164 x 74 x 6 mm
-150 g

(1/2) pic.twitter.com/C71x2e2b97

— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) March 21, 2021

Dikuasakan cip yang sama pada Redmi Note 10 Pro, iaitu Snapdragon 732G. Konfigurasi memori pula, dipadankan 6GB+64GB, 6GB+128GB serta ditawarkan pilihan warna biru, hitam dan merah jambu.

Di belakang, terdapat tetapan tiga kamera – 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 5MP makro.

Antara spesifikasi lain, dimuatkan bateri 4520mAh dengan pengecasan pantas 33W, Bluetooth 5.2, NFC, sokongan dwi-SIM, slot mikroSD serta menjalankan MIUI 12 yang berasaskan Android 11.

Melihat kepada perkara ini, berkemungkinan ia adalah spesifikasi yang akan tiba buat pasaran Malaysia memandangkan data dari SIRIM mengesahkan Mi 11 Lite hanya menerima sokongan 4G sahaja.

Sumber: Sudhanshu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress