Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 Sudah, Mi 11 Lite Pula Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Mi 11 Sudah, Mi 11 Lite Pula Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa hari yang lepas Xiaomi Mi 11 telah rasmi dilancarkan secara global dengan harga sekitar bawah ~RM4000.

Belum lagi reda dengan pelancaran telefon tersebut, kini Xiaomi Mi 11 Lite sudah menerima kelulusan daripada SIRIM yang bermaksud ia bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Telefon dengan nombor model M2101K9AG ini akan hadir dengan Bluetooth 5.2, antara muka MIUI 12 serta sokongan dwi-SIM.

mi 11 lite sirim

Selain itu, Mi 11 Lite akan menyokong rangkaian LTE dan tidak menampakkan tanda-tanda 5G. Namun, tidak perlu risau kerana di Malaysia sendiri masih belum menyokong rangkaian 5G.

Walau bagaimanapun, setakat ini Mi 11 Lite mungkin tidak akan mempunyai lensa periskop serta cip pemproses Snapdragon 732G atau Snapdragon 755G yang belum dilancarkan.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY