Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 Sudah, Mi 11 Lite Pula Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi 11 Lite 5G Tertiris, Ini Adalah Spesifikasi Utamanya

Diterbitkan Mac 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, Xiaomi Mi 11 Lite telah menerima pengesahan SIRIM yang mana telefon ini bakal tiba buat pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kini, telefon yang dikatakan versi mampu milik ini sekali lagi tertiris dan kali ini ia memaparkan spesifikasi utama yang menguasakan telefon tersebut.

Berdasarkan dalam senarai Google Play Console, ia merupakan sebuah telefon berkelas pertengahan dimana ia dijana cip pemproses Snapdragon 765G dengan konfigurasi memori 8GB RAM.

Selain itu, ia dilengkapi paparan 1080×2400 beresolusi FHD+ dengan ketumpatan piksel 440ppi. Bersamanya juga menjalankan sistem operasi Android 11.

Mi 11 Lite

Berdasarkan ura-ura, berkemungkinan ia akan menggunakan paparan AMOLED serta kadar penyegaran 120Hz.

Tambahan lagi, perakuan dari FCC turut mendedahkan terdapat tiga varian bagi Mi 11 Lite iaitu 6GB+128GB, 8GB+128GB dan 8GB+256GB.

mi 11 lite

Sokongan rangkaian 5G, WiFi 5GHz, Bluetooth 5.2, GPS dan NFC juga melengkapi telefon ini.

Selain bateri yang mungkin sebesar 4150mAh dengan pengecasan pantas 33W, Mi 11 Lite masih mengekalkan tiga tetapan kamera belakang yang mana kamera utama 64MP.

Walau bagaimanapun, mungkin spesifikasi di Malaysia berbeza sedikit kerana SIRIM mendedahkan telefon ini hanya menyokong 4G dan model ini dijangka dikuasakan Snapdragon 732G sahaja.

Sumber: @stufflisting

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY