MultiROM Kini Tersedia Buat Peranti Pocophone F1, Benarkan Pengguna Menggunakan "Dual Booting"

Kebolehan untuk mengubah suai sistem menjadi antara daya tarikan utama bagi peranti-peranti Android berbanding iOS. Memasang satu custom ROM sudah menjadi kebiasaan bagi sebahagian daripada pengguna Android, namun bagaimana pula dengan MultiROM?

Ya, dengan MultiROM ini, anda akan dapat menggunakan lebih dari satu ROM melalui kaedah dual-boot. Ia bukan sahaja dapat dilakukan melalui ROM yang disimpan dalam memori dalaman peranti anda, malah ia boleh dilakukan menggunakan ROM yang terdapat dalam pemacu USB anda yang disambungkan bersama peranti melalui kabel OTG.


Kredit: XDA Developers


Berita baik bagi pengguna Pocophone F1, MultiROM ini sudah tersedia bagi peranti anda. Namun, harus kami ingatkan bahawa segala risiko dalam melakukannya adalah atas tanggungan pengguna sendiri. Jangan lupa untuk buatkan satu backup sebelum anda memasang MultiROM ini.

Anda boleh muat turun fail pemasangan MultiROM bagi peranti Poco F1 anda di sini. MultiROM ini telah dibangunkan oleh ahli XDA sendiri iaitu vasishath serta Shahan_mik3. 

 

Sumber: XDA Developers