Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2023-10-29 at 5.36.27 PM

Muat Turun 2 Game Berharga Hampir RM180 Ini Sementara Percuma Sekarang

Diterbitkan Oktober 29, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda peminat tegar permainan komputer bergenre aksi, teka teki, penuh pengembaraan dan seram, anda mesti akan sambar 2 judul permainan ini.

Tambahan pula, 2 permainan ini menerima rating lebih daripada 4 bintang daripada para pemain lain.

2 Judul permainan yang dimaksudkan di sini adalah Tandem: a Tale of Shadows dan The Evil Within 2.

Tandem: a Tale of Shadows

Tandem : A Tale of Shadows adalah permainan bergenre teka-teki dengan permainan unik dan luar biasa. Ia membawa anda ke pengembaraan bersama Emma dan teddy bear Fenton bagi menyelesaikan misteri kehilangan ahli silap mata terkenal bernama Thomas Kane.

Permainan ini menerima undian tinggi daripada para pemain dengan menerima rating setinggi 4.3 bintang.

Tandem : A Tale of Shadows kini sedang percuma sehingga 2 November 2023. Selepas itu, ia akan kembali berharga RM19.90.

Berikut adalah spesifikasi komputer yang diperlukan bagi memainkan permainan ini:-

Tandem: a Tale of Shadows System Requirements
Keperluan sistem untuk memainkan Tandem: Tale of Shadows.

The Evil Within 2

The Evil Within 2 pula adalah permainan bergenre seram yang membawa anda menyelamatkan anak perempuan Detektif Sebastian Castellanos.

Permainan ini menerima rating sebanyak 4.5 bintang dengan review yang begitu positif dari para pemain.

The Evil Within 2 ini berharga RM158 tetapi kini sedang ditawar secara percuma sehingga 2 November 2023, jam 11.00 p.m.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan untuk memainkan permainan ini:-

The Evil Within 2 System Requirements
Keperluan sistem untuk memainkan The Evil Within 2.

Tandem: a Tale of Shadows dan The Evil Within 2 boleh dimuat turun secara percuma untuk masa terhad dari stor Epic Games sekarang.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Tune Talk Lancar 'Pek Epik' Serendah RM20/bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY