Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia

MSI Tayang Video Acah Pesaing Konsol Steam Deck Dan ROG Ally

Diterbitkan Januari 5, 2024 ยท Dikemas kini Januari 5, 2024 oleh ariff bukhari

MSI nampaknya sudah bersedia untuk bersaing dengan pengeluar konsol permainan mudah alih.

MSI mengusik produk baharu yang kelihatan bersedia untuk menyaingi Steam Deck Valve.

Klip itu menunjukkan produk misteri yang diselubungi kegelapan; satu-satunya bahagian yang boleh dilihat ialah dua bulatan bercahaya neon yang kelihatan seperti tombol kawalan.

https://www.instagram.com/reel/C1rM-oos8JQ/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Dan jika anda melihat dengan lebih teliti, anda boleh melihat garis besar yang kelihatan seperti konsol permainan mudah alih. Selebihnya video acah itu menunjukkan sarung yang jelas pada peranti tersebut.

MSI Handheld

Jika benar ia adalah konsol permainan mudah alih, MSI akan menjadi vendor PC terbaharu mengikuti Steam Deck.

Melihat kepada pesaingnya Asus dan Lenovo, mereka telah menampilkan konsol permainan mudah alih sendiri menerusi ROG Ally dan Legion Go di mana kedua-duanya menggunakan cip AMD Ryzen Z1 Extreme.

Malah, Valve juga telah melancarkan versi Steam Deck OLED baharu dengan cip baharu untuk hayat bateri yang lebih baik pada tahun lalu.

Jadi, persaingan konsol permainan pegang semakin hangat dengan kehadiran MSI dalam segmen industri ini.

Dari cip pemprosesan, berkemungkinan besar konsol pemainan mudah alih MSI itu menggunakan cip daripada Intel. Ini disebabkan Intel membuat kiriman balas di platform X.

MSI Tayang Video Acah Pesaing Konsol Steam Deck Dan ROG Ally

Apa-apa pun, MSI dijangka akan mendedahkan secara rasmi produk baharu mereka ini semasa acara CES minggu depan di Las Vegas.

Berkaitan

  • ROG Ally Akhirnya Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM2,669
  • (Ulasan) ASUS ROG Ally - Jentera 'Gaming' Mudah Alih Power Tapi Belum Sempurna
  • Steam Deck OLED Dilancar 16 November Ini, Harga Bermula ~RM2,600

Sumber: tomshardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY