Monitor Gaming Melengkung MSI MEG 342C QD-OLED
Monitor baharu MEG 342C QD-OLED mempunyai resolusi paparan hingga UWQHD (ultra-wide quad HD) 3440 x 1440, dengan nisbah 21:9 dan mampu menyokong majoriti games yang ada diluar sana dengan lengkungan 1800R.
Selain itu, monitor ini mempunyai ciri quantum dots dan teknologi panel OLED yang mampu mengekalkan kualiti paparan warna mengikut standard warna eksklusif MSI. Oleh itu, kita boleh jangkakan monitor ini dapat memberi paparan premium yang sangat berkualiti.
Tambahan lagi, monitor ini dipasangkan sekali cip pemprosesan pintar di dalamnya yang boleh dikawal melalui telefon pintar dan mempunyai ciri pembatalan bunyi Sound Tune AI.
Tarikan utamanya adalah monitor gaming ini mempunyai masa tindak balas GtG 0.1 ms dan kadar segar semula 175Hz.
Monitor Siri Modern MD272
Monitor Modern MD272 merupakan produk monitor profesional daripada MSI dengan rekaan yang mesra ergonomik untuk semua pengguna.
Monitor ini sesuai untuk anda yang selalu menghabiskan masa dihadapan komputer kerana urusan kerja. Hal ini demikian monitor ini melindungi mata anda melalui ciri 'Less Blue Light PRO' dan Teknologi Anti-kelip (anti-flickering).
Selain itu, Modern MD272 sangat mesra pengguna dengan kaki boleh laras 4 hala, paparan Type-C dan 2 pembesar suara.
Monitor PC Semua-Dalam-Satu Modern AM242 & AM272.
Modern AM242 dan AM272 merupakan produk monitor PC semua-dalam-satu yang cukup mesra pengguna dan menjimatkan ruangan bilik anda. Hanya perlu memasang wayar kuasa dan anda boleh terus menggunakan monitor PC ini.
Monitor PC ini dilengkapi MSI Cloud Center yang membolehkan anda membuat sandaran akan fail dan data peranti android dan iOS anda.
Selain itu, monitor ini dilengkapi teknologi penjagaan mata, kamera web FHD, panel IPS, tapak yang ergonomik dan direka untuk kecekapan dan produktiviti.
Anda boleh beli monitor gaming MSI di:
Shopee - https://invol.co/clax041
Sumber: Siaran Akhbar MSI
Baca juga:
Berkaitan
- Beli 'Laptop' Lenovo Yoga 9i, Percuma Monitor 'Gaming' Beresolusi QHD
- Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI
- MSI Lancar Barisan GPU Siri NVIDIA GeForce RTX 4060
- MSI Raider GE HX Series - Komputer Riba Dengan Prestasi Dekstop
- CES 2023 - Dell Umum Harga Monitor Siri UltraSharp Untuk Pasaran Malaysia
- Macam Konsol Tapi Bukan, Ini PC 'Gaming' Baharu Dari MSI
- Modern Warfare 2 Hadir Tahun Ini, COD: Warzone Mobile Dalam Pembangunan
- Call of Duty Modern Warfare 2 Bakal Hadir Oktober Ini
- Beli Komputer Riba MSI, Percuma 3 'Game'
- MSI Melancarkan 2 Kad Grafik RTX 3090 Ti Baharu