Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Lancar Siri Papan Induk Terbaru, H670, B660 Dan H610

MSI Lancar Siri Papan Induk Terbaru, H670, B660 Dan H610

Diterbitkan Januari 5, 2022 · Dikemas kini Januari 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

MSI telah melancarkan siri papan induk H670, B660 dan H610 yang menggunakan pemproses Intel generasi ke-12. Antara kelebihan siri B660 ialah harganya yang mampu milik dengan prestasi yang baik. MSI juga melancarkan segmen MAG dan PRO yang kebanyakannya tersedia dalam DDR4 dan DDR5.

Untuk B660 DDR5, frekuensi memorinya semasa overclock mencapai sehingga 6200MHz hasil talaan MSI OC LAB dan Memory Boost.

MSI B660 ATX mempunyai tiga slot M.2 Gen4 yang mempunyai kelajuan pemindahan 64Gb/s.

MAG B660 pula mempunyai 12 DrMOS dengan Duet Rail Power System, 6 lapisan PCB dengan tembaga 2oz untuk arus yang stabil manakala MAG B660 DDR5 menyokong teknologi terbaru, Wi-Fi 6E.

Kesemua papan induk dalam siri B660 menyokong PICe 4.0 yang menyediakan lebar jalur pemindahan 64GB/s dan mempunyai USB-C di hadapan dan belakang dan menyokong TPM 2.0 lantas memboleh pengguna memasang Windows 11.. Selain itu, ia juga dilengkapi LAN 2.5G dan Wi-Fi 6.

Dalam pada itu, MAG H670 TOMAHAWK WIFI DDR4 yang sama dilancarkan mempunyai 14 DrMOS dengan Duet Rail Power dan tiga slot M.2 bersama Shield Frozr. Selain menyokong 2.5G LAN dan Wi-Fi 6, papan induk ini juga mempunyai USB Lightning 20G Type-C.

PRO H610 yang sesuai untuk penggunaan harian atau  perniagaan pula menyokong slot PCIe Gen4, mempunyai EZ M.2 Clips yang memudahkan proses pemasangan. Walaupun ia tidak menyokong memory overclocking namun MSI mengatakan spesifikasinya sesuai untuk kebanyakan jenis penggunaan.

Bagi pengudaraan dan kawalan haba, papan induk MSI dilengkapkan dengan Extended Heatsink, M.2 Shield Frozr dan perisian ekslusif, Frozr AI Cooling.

Anda boleh ke sini untuk maklumat lanjut.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga:

  • Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max
  • Bajet Ada Sekian-Sekian, Model Laptop Mana Yang Sedap?
  • Boleh Mula Mohon Dan Semak Untuk Terima Bantuan Keluarga Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY