Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOVE Raih Anugerah ‘Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia’ Tiga Tahun Berturut-Turut

MOVE Raih Anugerah ‘Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia’ Tiga Tahun Berturut-Turut

Diterbitkan Disember 8, 2025 oleh ainabatrisyia

Di Anugerah Teknologi Pelancongan Dunia 2025, MOVE oleh AirAsia sekali lagi dinobatkan sebagai ‘Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia’, menjadikannya penerima anugerah berprestij itu untuk tiga tahun berturut-turut.

Pengiktirafan ini, memperkukuh kedudukannya sebagai OTA tempatan terkemuka di rantau ini. MOVE terus diiktiraf kerana prestasinya yang semakin meningkat pada tahun 2025.

Aplikasi ni kekal kukuh dengan 15 juta pengguna aktif setiap bulan. Tempahan hotel di aplikasi menunjukkan peningkatan hampir 40%, manakala tempahan pakej SNAP pula meningkat sehingga 30%.

MOVE juga memperluas rangkaian rakan kongsi syarikat penerbangan terus di platformnya tahun ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 70 syarikat penerbangan.

Syarikat penerbangan yang terlibat termasuklah:

  • SriLankan Airlines
  • Royal Brunei
  • Ethiopian Airlines
  • Vietjet Air (melalui GalaxyJoy)

Terdapat juga penambahbaikan pada chatbot AskBo yang dipacu AI, antara muka baharu serta tawaran menarik seperti MOVETIX dan Cancel for Any Reason.

Seterusnya, MOVE akan fokus kepada ciri penemuan sosial. Ini membolehkan pengguna mencari inspirasi perjalanan melalui kandungan dan menempah semuanya dengan lancar melalui satu platform.

Dengan pilihan lebih 700 penerbangan dan lebih sejuta hotel, MOVE terus berusaha menjadi platform yang membantu pelancong kekal terhubung dan terinspirasi.

Berkaitan

  • AirAsia MOVE Perkenal Pakej 'SNAP' Penerbangan+Hotel Baharu
  • AirAsia MOVE Diiktiraf Sebagai Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia Tahun 2024
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY