Terbaru, Motorola telah mengesahkan tarikh pelancaran bagi peranti ini iaitu pada 26 Januari 2021.
Terdahulu, Motorola Edge S dikatakan akan dijana cip pemproses Snapdragon 8xx dan selepas Qualcomm memperkenalkan cip baharu mereka, maka peranti ini sebenarnya akan dijana Snapdragon 870.
Selain itu, Motorola Edge S turut dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang sama ada pada Motorola Nio.
Ia akan dilengkapi RAM 8GB, GPU Adreno 650, bateri 5000mAh serta pengecasan pantas 20W dan menjalankan sistem operasi Android 11.
Tambahan lagi, ia mungkin akan menggunakan paparan FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.
Bagi kamera pula, ia akan dimuatkan sensor Omnivision dengan kamera utama 64MP, 16MP ultra-sudut lebar dan 2MP depth. Di hadapan, terletak dua kamera swafoto - 16MP utama dan 8MP.
Buat masa sekarang, tiada maklumat lain bagi peranti ini terutama tanda harga jualan. Oleh itu, sama-sama kita nantikan apabila ia dilancarkan pada minggu hadapan.
Sumber: mysmartprice
Berkaitan
- Redmi Note 10 Pro 5G Kini Sokong "Tambah" RAM
- Sony WF-1000XM4 Rasmi, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
- Bayar foodpanda Guna Boost, Dapat Pulangan Tunai 100%
- Pelancaran PlayStation 5 Di Malaysia Mungkin Akan Ditangguhkan
- Google Mungkin Kembalikan Imbasan Wajah Pada Pixel 6
- Kolaborasi PUBG Mobile Dengan BLACKPINK Bermula Hari Ini
- Tak Perlu Hafal Kord, Samsung Ada Gitar Pintar Dengan LED Yang Boleh Ajar
- Qualcomm Dijangka Akan Perkenal Snapdragon 888 Pro
- Ini Telefon Pertama Yang Menggunakan Cip Snapdragon 888+
- DiskStation Manager 7.0 Beta Sudah Boleh Dimuat Turun