Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
motorola edge+

Motorola Edge S Bakal Diperkenal Tidak Lama Lagi Di China

Diterbitkan Januari 11, 2021 ยท Dikemas kini Januari 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Motorola memulakan tahun 2021 dengan mengumumkan Moto G Stylus, Moto G Power, Moto G Play dan Motorola One 5G Ace di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Kini, syarikat yang sudah lama bertapak dalam arena telefon pintar ini bakal melancarkan telefon andalan baharu mereka tidak lama lagi. Perkara ini disahkan oleh pengurus besar Motorola China menerusi akaun weibo bahawa mereka akan memperkenalkan Motorola Edge S di China.

motorola edge s

Melalui status yang dikongsikan, telefon ini akan dikuasakan cip Snapdragon siri 800 dan pasti ia akan menggunakan Snapdragon 888.

Buat masa sekarang, tiada maklumat terperinci mengenai spesifikasi telefon ini akan tetapi ia merupakan telefon andalan baharu daripada Motorola kerana telefon sebelum ini hanyalah varian kelas pertengahan.

Sumber: weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY