Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyView Smart Monitor 27SR50F

Monitor Pintar LG Dengan webOS Boleh Di Pra Tempah, Harga RM1,049

Diterbitkan Disember 27, 2023 oleh ariff bukhari

LG Electronics Malaysia (LG) hari ini telah mula membuka tempahan awal kepada produk terbaru mereka, monitor pintar, MyView Smart Monitor 27SR50F 27-inci.

MyView Smart Monitor menampilkan paparan IPS yang menyampaikan warna realistik pada resolusi 1920×1080.

Dikuasakan oleh platform webOS 23 LG, ia menyepadukan kemudahan, sekaligus sesuai untuk multi tugas, persidangan video dan hiburan. 

Malah ia juga berfungsi sebagai hab rumah pintar dengan sokongan ThinQ Home Hub. Membolehkan anda pantau dan urus perkakasan rumah yang serasi dengan IoT seperti peti sejuk dan mesin basuh, tanpa mengganggu aliran kerja anda melalui aplikasi ThinQ.

MyView Smart Monitor terbaharu ini kini tersedia untuk pra tempah secara ekslusif di Lazada sekarang sehingga 21 Januari 2024, hanya pada harga RM1,049 sahaja.

Beli pelbagai produk LG di Shopee dan Lazada

Berkaitan

  • Kamera Badan AI Mampu Milik Pertama Di Dunia Sudah Boleh Di Pra Tempah
  • Siri Samsung Galaxy S24 Bakal Dilancarkan Pada Suku Pertama 2024
  • Storan Cakera Keras Bakal Jadi Sejarah Tidak Lama Lagi - Pakar

Sumber: Siaran media LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY