Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera Badan AI Mampu Milik Pertama Di Dunia Sudah Boleh Di Pra Tempah

Kamera Badan AI Mampu Milik Pertama Di Dunia Sudah Boleh Di Pra Tempah

Diterbitkan Disember 26, 2023 · Dikemas kini Disember 26, 2023 oleh Amal Addin

PhoneCam merupakan sebuah kamera yang mempunyai fungsi persis DashCam tetapi bukan digunakan pada kereta tetapi pada manusia. PhoneCam ini mudah dikendalikan dan boleh dilekatkan pada baju.

Fungsi PhoneCam ini boleh menjadi bahan bukti sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tak diigini kepada anda seperti kes jenayah dan sebagainya. Jadi, ianya sangat berguna untuk dibawa ke mana sahaja. Anda juga diingatkan untuk memuat turun aplikasi PhoneCam ke dalam telefon anda.

Selain daripada menjadi bahan bukti, ianya juga boleh memberikan amaran kepada pelaku dengan menekan butang yang tersedia. Lampu akan terpancar daripada kamera tersebut.

Sekiranya pelaku masih berdegil, anda boleh menekan sekali lagi butang tersebut. Secara automatik, aplikasi PhoneCam akan memberi amaran kepada kenalan kecemasan yang telah ditetapkan oleh anda.

Screenshot 2023-12-26 103102

PhoneCam akan berkongsi lokasi, video dan juga audio daripada anda secara automatik. Oleh itu, komunikasi dua hala akan berlaku yang membolehkan mereka yang menerima maklumat tersebut untuk bertindak serta menangani insiden tersebut.

Berkaitan

  • (Ulasan) Kamera Dash Akaso V1 Sebagai Teman Anda Dalam Pemanduan Kereta
  • Ini Senarai DashCam Diiktiraf 5 Bintang Oleh MIROS
  • 70mai Lancar 'Dash Cam' Boleh Putar 360 Darjah Pertama
  • Google Mungkin Akan Bolehkan Telefon Android Anda Jadi 'Dashcam' Kelak
  • Insta360 Lancar Kamera Aksi Terbaru, Ace & Ace Pro Dikuasakan AI

Video yang telah dirakam oleh PhoneCam tidak boleh dipadam dan ianya kekal di dalam peranti tersebut. Namun, diingatkan untuk kekal tenang supaya anda boleh terfikir untuk menggunakan PhoneCam.

Selain daripada kejadian jenayah, PhoneCam juga boleh digunakan untuk situasi kecemasan seperti terperangkap dalam bencana alam dan runtuhan bangunan atau kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam termasuk pengangkutan udara.

PhoneCam sudah boleh dipra-tempah di laman rasmi PhoneCam Store pada harga €69.00 (~RM350).

Kamera Badan AI Mampu Milik Pertama Di Dunia Sudah Boleh Di Pra Tempah
Pelbagai aksesori juga bakal tersedia sedikit masa lagi.

Beli pelbagai pilihan model dan jenama kamera aksi di Shopee dan Lazada.

Sumber: PhoneCam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY