Dalam artikel Modern Warfare II sebelum ini, kita hanya dapat beberapa maklumat sahaja seperti tarikh pelancaran dan poster kreatif untuk permainan ini. Tetapi pada kali ini, Activision Blizzard bermurah hati mendedahkan lebih banyak maklumat tambahan berkenaan COD: Modern Warfare II ini.
Kempen dan Ops Khas
Dalam mod kempen, skuad Task Force 141 yang sememangnya terkenal dalam francais COD ini akan melawan ancaman baharu yang lebih dahsyat berbanding sebelum ini.
Oleh itu, ahli-ahli skuad akan kembali dan melawan ancaman ini. Antara penambahbaikan dan tarikan utama dalam sekuel Modern Warfare ini adalah lokasi misi yang lebih mencabar.
COD Modern Warfare II ini menawarkan pertarungan bawah laut, atas laut, serangan besar-besaran dari udara pada 30,000 kaki di atas kubu kuat musuh dan banyak lagi.
Di samping itu, ahli Task Force 141 yang telah disahkan hadir adalah:
Selain mod kempen, pemain boleh bermain mod co-op bersama kawan-kawan untuk mengasah dan menguji kemahiran berpasukan antara mereka.

Tambahan lagi, mereka yang membuat pratempah dan menjadi yang pertama dalam mencuba mod Multi-pemain boleh menaikkan level pelbagai senjata lebih awal. Mereka juga dapat menerokai banyak peta dan mod yang tersedia.
Oleh itu, mereka akan lebih bersedia untuk kandungan yang akan dikeluarkan Activision Blizzard pasca pelancaran COD: Modern Warfare II ini. COD: Modern Warfare II ini akan menjadi permainan Call of Duty paling maju dalam grafik, pencahayaan dan suara padanya.
Anda boleh membuat pratempah COD: Modern Warfare II melalui pautan ini.
Call of Duty: Warzone Mobile (Project Aurora)
Call of Duty: Warzone merupakan permainan "battle royale" yang sememangnya terkenal di dunia. Hal ini demikian, permainan video ini dilancarkan ketika dunia dengan berada dalam fasa awal pandemik Covid-19.

Activision Blizzard juga telah mengesahkan ketika ini permainan COD: Warzone untuk versi mudah alih sedang berada dalam fasa pembangunan. Oleh itu, kita akan mendengar sebarang pengumuman rasmi berkenaan Warzone Mobile tidak lama lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=a1-qET_ebAw&t=35s
Baru-baru ini, seorang individu di bawah nama pengguna CoDPerseus_ telah mendedahkan gameplay COD: Warzone Mobile. Anda boleh melihat, Warzone Mobile telah dioptimumkan penggunaan senjata untuk peranti mudah alih.
Call of Duty: Warzone Mobile tidak mempunyai sebarang pengumuman rasmi akan tarikh pelancarannya daripada Activision Blizzard. Akan tetapi, permainan mudah alih ini mungkin akan dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Sumber: Siaran Akhbar Activision Blizzard, IGN
Baca juga:
Berkaitan
- Ubisoft Dilapor Bakal Naikkan Harga Jualan 'Game' AAA Mereka
- Bukan Genshin Impact, Ini Adalah 'Mobile Game' Terbaik 2022
- PUBG Mobile Bakal Tawarkan Kandungan Anime Popular Tahun Depan
- God of War Ragnarök x #FR2 Dan New Era - Perkenal T-Shirt Dan Topi Edisi Terhad
- GTA Mobile? Tak Semua 'Game' Perlu Masuk Telefon Pintar - CEO Take-Two
- Mod Baharu 'Ultimate Arena' PUBG Mobile Sudah Boleh Dimainkan
- PUBG Dah Kuno? Ini Antara Ciri Yang 'Best' Dalam Apex Legends Mobile
- Versi Global Mungkin Dah Hampir, Rainbow Six Mobile Beta Ditawarkan Di Jepun
- CEO Microsoft Gaming - Saya Rasa Metaverse Ini Dicipta Secara Ala Kadar
- Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam 'Game' PlayStation