Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-20T151536.452

Mod Astrofotografi Pada Lensa Ultra Lebar Kembali Tapi Untuk Pixel 8 Pro Sahaja

Diterbitkan Disember 20, 2023 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan umum, mod astrofotografi merupakan ciri tetapan dalam kamera telefon pintar yang membolehkan pengguna menangkap imej objek angkasa dan langit malam.

Peranti Google Pixel adalah antara barisan telefon pintar yang menerapkan mod astrofotografi ini bermula dengan Google Pixel 4 pada 2019 serta Pixel 5 dan Pixel 4a 5G pada 2020 melalui kamera ultra-lebar.

Namun begitu, ciri ini telah dikeluarkan pada kemaskini Google Camera versi 8.1.

Walau bagaimanapun, kehadiran Google Pixel 8 Pro dengan sensor hardware yang berbeza bagi tangkapan gambar ultra-lebar menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mengembalikan mod astrofotografi kepada peranti Google Pixel.

Gambar di bawah adalah perbandingan bagi peranti Pixel Fold dan Pixel 8 Pro untuk mod Night Sight.

Screenshot 2023-12-20 110630
Pixel Fold
Screenshot 2023-12-20 110558
Pixel 8 Pro

Untuk penggunaan mod astrofotogrfi di peranti Pixel, anda perlu letakkan kamera Google Pixel pada kedudukan yang statik dan menghala ke arah langit.

Kemudian, tangkap gambar dengan menggunakan mod Night Sight dan gambar dengan mod astrofotografi akan terjana secara automatik dalam masa 1 hingga 5 minit.

Berkaitan

  • YouTube Ada Fungsi Tukarkan Video Jadi Macam TikTok
  • realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799
  • Bakal Tersedia Pada 2024, Ini Senarai Produk Terbaru Haeir Malaysia
  • Tesla Sedang Bangunkan Teknologi Pengecasan Wayarles Untuk EV

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY