Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bakal Tersedia Pada 2024, Ini Senarai Produk Terbaru Haeir Malaysia

Posted on Disember 20, 2023Disember 20, 2023

Hari ini, Haier Malaysia telah memperkenalkan barisan produk keluaran terbaru mereka yang akan dipasarkan pada tahun 2024 dalam program Inspire Future Dreams 2023.

Konsep yang diterapkan oleh Haier Malaysia dalam penghasilan produk mereka kali ini adalah ‘Smart Living‘ bagi memudahkan dan meningkatkan gaya hidup pengguna.

Antara produk-produk yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

UV Cool Premium (VXA) & UV Cool Smart (VRA)

Bagi produk pendingin hawa ini, ia dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi bagi membolehkan pengguna mengawalnya dari jarak jauh dengan menggunakan aplikasi Haismart melalui telefon pintar ataupun tablet.

Selain itu, dua produk ini dipasangkan bersama teknologi penstrilan UVC bagi menghalang kemasukan bakteria dan virus bahaya ke dalam udara.

Peti Sejuk Empat Pintu

Keluaran peti sejuk empat pintu HF-IM758LXG (B), HRF-IG585EM (GB) dan HRF-IM585EM (FB) ini juga menawarkan sambungan rangkaian Wi-Fi untuk penetapan mod dan suhu bagi setiap sudut di dalamnya melaui aplikasi Haismart.

Peti sejuk ini juga dipasangkan dengan paparan skrin sentuh yang dilengkapi kawalan ciri “Daylight” bagi pencahayaan yang lebih baik untuk kesegaran bahan basah dan sayur-sayuran.

Mesin Basuh Muatan Depan

Selain dilengkapi dengan sambungan rangkaian Wi-Fi, produk mesin basuh BD14266S8 daripada Haier ini dilengkapi dengan paparan panel Colour Ai dan teknologi Auto Dosing.

Pemanas Air K Series

Produk pemanas air ini disediakan dalam warna Hitam Matte dengan teknologi kalis renjatan bagi mengurangkan kemungkinan kejadian litar pintas dan kegagalan ELCB dengan menukar arus elektrik voltan tinggi kepada arus voltan rendah.

{suggest}

Dapur Gas dan Hud

Selain itu, produk dapur gas HC-Q893STGB, HC-Q872PTGB dan HC-Q872PTDG ini tampil dengan ciri Timer Setting yang membenarkan pengguna mengehadkan penggunaan gas api pada tetapan masa yang telah ditetapkan.

Produk hud HH-GT6907GB ini pula hadir dengan ciri AI Smart Air Flow dan reka bentuk aliran udara volut bionik yang dijangka dapat menyokong pelepasan udara pada kadar 2200m³/j. Hud ini juga menyokong sambungan ‘Hob-to-Hood Connection‘ melalui Bluetooth bagi mengurangkan penyentuhan panel kawalan dengan tangan yang berminyak.

TV OLED

Produk TV OLED ini merupakan keluaran TV dengan paparan skrin OLED 4K pertama dari syarikat Haier. Ia juga mempunyai kadar segar semula 120Hz dan resolusi 3840 x 2160 px.

Selain daripada dua pilihan yang ditawarkan iaitu H65C900UX (65 inci) dan H55C900UX (55 inci), sistem audio yang digunakan adalah Dolby Atmos yang digandingkan bersama pembesar suara Kardon 2.1.

Seiring dengan pelancaran produk-produk baharu ini, Haier Malaysia juga mengumumkan pelanjutan kerjasama mereka dengan pasangan beregu badminton lelaki kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, sebagai duta Haier Malaysia untuk tahun 2024.

Sumber: Siaran Media Haier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress