Fungsi Dual Exposure dan Live HDR+ Google Pixel 4 Tidak Akan Hadir Untuk Model Sebelumnya

Fungsi Dual Exposure dan Live HDR+ merupakan antara ciri baharu yang didatangkan bersama Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL. Sudah menjadi amalan pengeluar untuk membawakan fungsi pada peranti baharu kepada model-model sebelumnya.

Semasa Google Pixel 3 dilancarkan, Google memperkenalkan fungsi Night Sight dan turut membawa fungsi tersebut kepada kesemua generasi peranti Pixel.

Akan tetapi, untuk Pixel 4, hanya mod astrofotografi sahaja yang akan dibawa ke model Pixel lain seperti Pixel 3 dan 3a. Manakala fungsi Dual Exposure dan Live HDR+ akan kekal eksklusif untuk siri Google Pixel 4.

Google telah mengesahkannya melalui akaun rasmi mereka di Twitter.

https://twitter.com/madebygoogle/status/1186115948912283649

Limitasi perkakas seperti cip Pixel Neural Core serta Snapdragon 855 yang hanya terdapat pada Pixel 4 berkemungkinan menjadi penyebab Pixel sebelumnya tidak mendapat fungsi ini.

Untuk makluman, fungsi Dual Exposure boleh mengubah kecerahan highlight dan juga bayang dengan mudah untuk memberikan suasana HDR yang lebih menawan. Manakala fungsi Live HDR+ pula membolehkan anda melihat hasil HDR secara masa nyata sebelum gambar ditangkap.

https://twitter.com/madebygoogle/status/1186069775782416386

Berkaitan