Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MLBB Akan Tersedia Pasang Pada Siri ROG Phone 7

MLBB Akan Tersedia Pasang Pada Siri ROG Phone 7

Diterbitkan Mei 31, 2023 · Dikemas kini Mei 31, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan menjalin perkongsian 2 tahun dengan pemaju dan penerbit permainan antarabangsa MOONTON Games.

ASUS dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu satu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman permainan pengguna di seluruh dunia dan mengoptimumkan prestasi siri telefon pintar  ROG Phone untuk penggunaan dalam kejohanan.

ASUS juga memaklumkan, Pasukan ROG Phone telah bekerjasama rapat dengan Moonton untuk Liga Profesional Malaysia sejak tahun 2022 lalu.

ROG Sponsor for MPL MY S11-14

Jadi menerusi kerjasama yang terjalin sepanjang tahun itu, ASUS kini berkembang ke skala global menerusi 4 kejohanan e-sukan antarabangsa iaitu Mobile Legends: Bang Bang: Piala Asia Tenggara 2023 dan 2024 serta Kejohanan Dunia M-Series M5 dan M6.

ASUS ROG juga memaklumkan, sempena dengan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Southeast Asia Cup 2023 yang akan datang, aplikasi MLBB akan tersedia pasang pada siri ROG Phone 7.

ROG Phone 7 x MLBB

Selain itu, pek tema MLBB juga akan disediakan, sekaligus membolehkan peminat mendapat akses yang lebih baik kepada permainan pada Telefon ROG terkini dan meraikan acara itu bersama-sama dengan persediaan antara muka bertemakan MLBB.

Acara pertama yang akan digandingkan dengan ROG ialah MSC 2023, yang akan berlangsung pada bulan Jun di Phnom Penh, Kemboja, buat julung kalinya.

MSC 2023 akan melakar sejarah dengan penyertaan pasukan baharu di luar Asia Tenggara iaitu Amerika Utara, MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) serta Turki.

Berkaitan

  • Siri ASUS ROG Phone 7 Rasmi, Telefon 'Gaming' Paling 'Power' Sekarang
  • ASUS ROG Phone 7 Rasmi Untuk RM3599 Di Malaysia, Phone 7 Ultimate Pula RM4999
  • ROG Phone 7 Ultimate Cemerlang Dalam Ujian Ketahanan

Sumber: Siaran Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY