MIUI 14 Rasmi, Berikut Perkara Yang Baharu Dan Ditambah Baik

Selaras dengan pelancaran siri Xiaomi 13, maka bermakna antara muka baharu juga diperkenal bersama. Kali ini, MIUI 14.

Kalau kita ingat semula, selepas MIUI 12, Xiaomi mengambil tindakan berani dengan melepaskan MIUI 12.5, bukan MIUI 13 seperti dijangka.

Hal ini kerana Xiaomi menumpukan terhadap penambahbaikan dan penyelesaian isu MIUI 12 berbanding bawakan sesuatu yang baru keseluruhannya.

Kemudian, barulah MIUI 13 dilancarkan dan nampaknya tiada versi MIUI 13.5. Xiaomi kembali ke 'jalan lurus' dengan terus memperkenal MIUI 14.

Seperti setiap keluaran, Xiaomi mengatakan versi terkini lebih pantas dan lancar.

Tapi, apa yang baru kali ini? Teruskan tatal ke bawah.

{snap}

Saiz kemas kini lebih kecil




Berbanding saizĀ skin MIUI sebelum ini dan jenama lain, Xiaomi berbangga dengan saiz MIUI 14 yang lebih kecil. Ia mengalami pengurangan lebih 20%.

Dikatakan saiznya sekitar 13GB sahaja keseluruhannya. MIUI 13 pada Xiaomi 12T Pro misalnya, bersaiz hampir 17GB.

Kebaikan saiz yang lebih rendah ini bermakna pengguna dapat memuatturunnya dengan lebih pantas dan ia mengambil ruang storan dalaman (ROM) yang lebih sedikit juga.

Sumber: MIUI

{snap}

Hanya 8 aplikasi tidak boleh dinyahpasang




Kini, aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang hanya tinggal 8. Ia antara bilangan terendah dalam semua antara muka tersedia hari ini.

Isu bloatware antara perkara utama terutamanya melibatkan jenama telefon dari China. Namun, Xiaomi nampaknya prihatin dengan keluhan pengguna dan berani mengambil tindakan merendahkan pada hanya 8 aplikasi terbina tidak boleh dinyahpasang.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee

{snap}

MIUI yang lebih lancar




Versi terbaru ini menggunakan enjin photon baharu yang beroperasi pada kernel Android sendiri dan membolehkan pembangun aplikasi pihak ketiga mencipta aplikasi yang lebih lancar dan cekap kuasa.

Menurut Xiaomi, kelancaran sistem kini meningkat sebanyak 60% dengan penggunaan kuasa berkurang sebanyak 16%.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee

{snap}

Ciri AI




Seperti Photos pada iOS dan Google Photos pada Android, galeri di MIUI 14 juga boleh mengekstrak atau mengecam teks daripada imej ditangkap pengguna.

Ya, anda boleh salin teks daripada gambar jika sistem mampu mengecam huruf atau bahasa dalam gambar tersebut. Ini antara ciri yang semakin popular sekarang.

Bahkan, Xiaomi berkata pengecaman teks daripada gambar lebih tepat daripada iOS.

Setakat ini, ia menyokong 8 bahasa. Dalam pada itu, ciri pemaparan sari kata automatik secara masa nyata juga ditawarkan.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee

{snap}

Data tidak dimuat naik ke pelayan awan




Salah satu peningkatan privasi diambil Xiaomi ialah dengan tidak memuat naik sesetengah aktiviti yang berlaku dalam telefon ke pelayan awan (cloud).

Sebagai contoh, data diekstrak daripada pengecaman teks-imej dilakukan dalam telefon saja. Ia tidak disimpan ke pelayan.

Selain itu, sari kata bilingual secara langsung untuk video, rakaman dan terjemahan juga kekal sulit iaitu tidak dimuat naik ke pelayan.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee

{snap}

Ikon aplikasi yang lebih besar, saiz pelbagai




Bab visual, sebenarnya tidak ada perubahan besar dalam MIUI 14 ini. Ia masih mewarisi rekaan yang diinspirasi daripada iOS sejak MIUI 12.

Antara perubahan yang anda boleh nikmati ialah saiz ikon yang kini tersedia dalam 4 pilihan. Bukan hanya itu, malah bentuk setiap saiz juga agak menarik,

Empat saiz/bentuk itu ialah 1x1, 21, 1x2 dan 2x2. Selain itu, saiz ikon itu juga masih boleh diselaraskan lagi dengan lebih terperinci. Seperti anda dapat lihat, beberapa saiz hadir dengan bentuk dengan bucu bulat.

Selain ikon, widget haiwan dan pokok juga boleh ditambah ke skrin. Pengguna boleh berinteraksi dengannya. Namun, tidak pasti apakah ini akan ditawarkan untuk MIUI 14 versi global.

Gambar: Technobuzznet

{snap}

Hubungan telefon dengan peranti Xiaomi lain yang lebih pantas




Barang-barang Xiaomi seperti TV, pembesar suara dan lain-lain semakin mudah dihubungkan ke telefon anda sekarang. Bertukar antara peranti juga semakin mudah melalui ciri drag and drop.

Kesalinghubungan antara peranti ini kini lebih mudah di mana telefon dan peranti dapat dihubungkan 50% lebih pantas, kadar pemindahan 77% lebih lajut dengan sambungan juga 12% lebih pantas.

Dari segi antaramuka, aplikasi Xiaomi memaparkan ikon peranti dalam bentuk buih. Selain itu, panggilan yang diterima di telefon juga boleh dialihkan ke tablet.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee

{snap}

Kongsi data bersama ahli keluarga




Dengan perkhidmatan keluarga, ahli boleh berkongsi gambar dan servis awan sehingga 9 orang keseluruhannya. Setiap ahli juga boleh diberikan tahap akses/kebenaran yang berlainan.

Selain itu, antara data yang dikongsi juga ialah berkaitan kesihatan seperti denyutan nadi, kadar oksigen dalam darah dan berkaitan tidur.

Bukan itu saja, malah ibu bapa juga boleh menggunakan ciri kawlaan terhadap peranti anak mereka seperti mengehadkan waktu penggunaan peranti, membataskan akses terhadap peranti dan pelbagai lagi.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee

{snap}

Bila ia boleh dimuat turun?




Buat masa sekarang, Xiaomi tidak mengumumkan tarikh ketersediaannya untuk pasaran global. Saya jangka ia selepas China mula menerimanya.

Untuk pasaran China, beberapa peranti akan mula menerimanya mulai Januari 2024.

Ia termasuklah Xiaomi 12S Ultra, , Xiaomi 12S Pro, Xiaomi 12S, Xiaomi 12 Pro, Xiaomi 12 Pro Dimensity Edition, Xiaomi 12, Redmi K50 Pro, Redmi K50 Extreme Edition, Redmi K50 Gaming Edition, Redmi K50 dan Xiaomi MIX Fold 2.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Xiaomi berkenaan pelancaran MIUI 14 untuk pengguna antarabangsa.

Semak harga siri Xiaomi 12 di Shopee