Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIUI 10 Global Versi Stabil Untuk Pocophone F1 Akan Mula Ditawarkan Bermula Minggu Hadapan

MIUI 10 Global Versi Stabil Untuk Pocophone F1 Akan Mula Ditawarkan Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan Oktober 28, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pocophone F1 diperkenalkan lebih kurang dua bulan yang lalu. Diawal pengenalannya, ia dipersiapkan dengan antaramuka MIUI 9.6 berasaskan Android Oreo 8.1.

Ketika itu juga, antaramuka MIUI 10 Global versi beta bagi peranti ini diberitakan sedang berada dalam fasa ujian.

Berdasarkan laporan dari XDA Developers, Xiaomi dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan MIUI 10 Global versi stabil kepada pemilik Pocophone F1 bermula minggu hadapan.

Sudah diumumkan sejak Jun yang lalu, antaramuka MIUI 10 Global menawarkan pelbagai ciri untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Antaranya adalah ciri sentuhan paparan penuh, mod potret AI, bunyi dan efek diinspirasikan dari alam semulajadi, dan sebahagian besar sistem antaramuka yang direka semula.

Sumber: XDA Developers

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY