Olympus Mons, Gunung Berapi Terbesar Berketinggian 25KM

Para pakar geologi ketika ini berpendapat gunung berapi terbesar di dunia ketika ini adalah Gunung Berapi Perisai Mauna Loa (“Long Mountain”)yang terletak di Hawaii yang mempunyai ketinggian 10km dan bersaiz 120km.

Tetapi ia bukanlah gunung berapi terbesar di dalam sistem solar. Ini kerana gunung berapi terbesar di dalam sistem solar adalah milik Olympus Mons, sebuah gunung berapi raksaksa yang berada di planet Marikh.

Olympus Mons dikategorikan sebagai sebuah gunung berapi perisai yang mempunyai diameter seluas 624km. Saiz itu hampir menyamai saiz negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Kapsyen: Kredit: NASA


Ketinggian Olympus Mons pula adalah setinggi 25km iaitu 3 kali ganda lebih tinggi daripada Gunung Everest (8,849 meter) dan mempunyai kecuraman setinggi 6km.

Menurut NASA, Olympus Mons menjadi begitu besar kerana lahar gunung berapi di Marikh bergerak lebih lama dipermukaan planet itu yang mungkin berpunca dari letusan yang lebih besar serta kurangnya graviti.

Berbeza dengan lahar gunung berapi di Bumi yang bergerak untuk tempoh sekejap sahaja. Kemudian ia mengeras.

Kapsyen: Imej janaan komputer Gunung Berapi Olympus Mons. Kredit: Geoffrey Miller


Berkenaan dengan perkembangan terbaru kenderaan peninjau Perseverance NASA yang berada di planet Merah itu pula, NASA memaklumkan bahawa Perseverance telah berjaya mengumpulkan sampel batu pertama di Marikh.

Sumber: NASA, National Geographic, NASA Mars Exploration Program