Dan selama itu jugalah dia berpegang dengan prinsip laman sosial ciptaannya sehinggalah ke harini semuanya bakal berubah.
Facebook kini dianggap sebagai alat kepada orang ramai untuk membina komuniti dan merapatkan hubungan seluruh dunia.
Setelah beberapa kali mencari arah dan destinasi kepada laman sosial terbesar di dunia itu, Zuckerberg percaya yang facebook boleh menjadi hub kepada pertumbuhan komuniti digital dimana semua orang dengan idea yang sama boleh berkumpul dan berinteraksi tanpa sekatan.
Tetapi facebook juga berpotensi menjadi sesuatu yang berpengaruh sehinggakan mampu menggoncang dunia politik Amerika Syarikat.
Oleh disebabkan itu, Zuckerberg bersama pasukannya berusaha keras bagi membanteras berita-berita palsu dan mengelirukan bagi mengurangkan kesan-kesan buruk platform sosial media ini kepada dunia amnya.
Fungsi Group di dalam facebook telah digunakan lebih dari 1 billion pengguna dari seluruh negara dan mereka cuba menambah sebarang cadangan baik kepada fungsi tersebut.
Facebook memberi akses langsung kepada admins bagi memantau kumpulan masing-masing dan boleh menapis sebarang bahan yang dilihat tidak baik kepada ahli kumpulan lain.
Sebagai contoh kumpulan seperti Lady Bikers of California merupakan sebuah kumpulan penunggang motosikal wanita yang berkumpul bersama mengadakan aktiviti mereka.
Sumber
Berkaitan
- [Counter-Strike] Facebook Akan Strim Secara Langsung Acara e-Sukan Counter-Strike
- Jam Pintar Facebook Mungkin Datang Dengan Kamera
- Taip BFF Di Ruangan Komen Facebook Tidak Membuktikan Apa-Apa
- Mark Zuckerberg Berkata Facebook Akan Menghentikan Iklan Politik Yang Tidak Dapat Dikesan Puncanya
- Fungsi Keselamatan Facebook Memerlukan Pengguna Memuat Naik Selfie Mereka
- Berinteraksi Dan Jangan Jadi Penonton-Facebook
- Fungsi Kumpulan Di Dalam Facebook Diberi Fungsi Baharu
- Penggunaan Facebook Untuk Berita Semakin Menurun Oleh Golongan Muda
- Facebook Sekarang Lebih Cekap Mengesan Akaun Palsu
- Facebook Didapati Mengumpul Rekod Panggilan Pengguna Dan Data SMS Dari Peranti Android