Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jam Pintar Facebook Mungkin Datang Dengan Kamera

Posted on Jun 21, 2021

Pada Febuari lalu, ada laporan mengatakan jam pintar Facebook akan hadir dengan beberapa aplikasi komunikasi dan menyokong sambungan selular.

Selain itu, ia juga dikatakan akan dilengkapi pelbagai ciri kesihatan yang boleh dipasangkan dengan peranti dan aplikasi lain.

Terbaru, sebuah laporan menyatakan jam pintar ini akan hadir dengan paparan boleh cabut dengan kamera hadapan dan kamera rakaman 1080p. Difahamkan ini membolehkan ia berfungsi sebagai kamera aksi seperti GoPro.

Dalam pada itu, ciri pemantauan degupan jantung juga akan dimuatkan dalam peranti ini.

Walaupun ia hanyalah ura-ura setakat ini, yang pastinya semua laporan sebelum ini setuju yang ia akan dilancarkan pada tahun 2022.

Sama-sama kita nantikan laporan selanjutnya mengenai peranti ini yang ingin bersaing dengan jam pintar popular, Apple Watch.

Sumber: techradar

Baca juga – Platfom Media Sosial Baru Ini Mahu Mencabar Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress