MIROS Dan PLUS Cari Penunggang Motosikal Bagi Uji Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal

𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (MIROS) dan rakan kerjasama penyelidikan PLUS Malaysia menerusi laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa mereka kini sedang mencari penunggang motosikal untuk menjadi peserta Kajian Rintis Pemasangan Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal MIROS (MCAS).

Fasa rintis ini menyasarkan penglibatan penunggang motosikal sebenar yang menunggang motosikal untuk pergi dan pulang atau untuk sebarang tujuan kerja di sekitar 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗞𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴.

https://twitter.com/mirosroadsafety/status/1605427201687461888?s=20&t=qU2Mnr9nP0c8o0MRC3CZ_w

𝗥𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝗱𝗲𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗠𝗜𝗥𝗢𝗦) 𝗱𝗶 𝗞𝗮𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮.

Kepada yang berminat, anda boleh mengisi borang saringan di pautan 𝗞𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗥𝗶𝗻𝘁𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗔𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗼𝘁𝗼𝘀𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗠𝗜𝗥𝗢𝗦 (𝗠𝗖𝗔𝗦) 𝟮𝟬𝟮𝟮-𝟮𝟬𝟮𝟯.