Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mirip Telegram, Pengguna WhatsApp Boleh Pilih Siapa Dibenarkan Lihat Status ‘Last Seen’, Gambar Profil

Mirip Telegram, Pengguna WhatsApp Boleh Pilih Siapa Dibenarkan Lihat Status ‘Last Seen’, Gambar Profil

Diterbitkan April 16, 2022 · Dikemas kini April 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam kemas kini terbaru WhatsApp Beta versi 22.9.0.70 di iOS, pengguna kini boleh memilih untuk mengecualikan kenalan daripada melihat beberapa maklumat mereka.

Sama seperti di Telegram, ia hadir dengan pilihan “My contacts, except” atau “Kenalan saya kecuali…”, yang membenarkan pengguna memilih siapa dalam kenalan mereka yang tidak boleh melihat ‘last seen‘, gambar profil dan ‘tentang‘.

whatsapp pilih last seen
Sumber: WABetaInfo

Ciri yang sama telah dilepaskan pada versi Beta di Android sebelum ini dalam versi 2.22.8.9 dan kini fungsi yang sama juga boleh dinikmati pengguna Beta di platform buatan Apple.

Pastinya fungsi ini antara yang ditunggu-tunggu ramai pengguna yang agak selektif dalam pergaulan maya terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan dan ramai kenalan.

Ciri ini dijangka hadir dalam masa beberapa minggu untuk semua pengguna awam di seluruh dunia.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • ‘Group’ WhatsApp Dapat 4 Ciri Baharu, ‘Admin’ Lebih Berkuasa
  • WhatsApp Uji Ciri Baharu, Tak Perlu ‘Save’ Nombor Untuk Hantar Mesej
  • Nak Gambar Raya Lawa Tapi Bab Lain Pun Handal, Ini Mungkin Telefon Syawal Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY