Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Minggu Depan, Tiada Lagi Vaksin Percuma Untuk Kanak-Kanak

Posted on Mei 9, 2022

Pada April lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan tarikh 15 Mei merupakan hari terakhir bagi vaksin percuma untuk kanak-kanak (5 – 11 Tahun). Erti kata lain, minggu ini merupakan tempoh waktu yang ada untuk anda mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 percuma untuk anak anda.

Selepas 15 April pada Ahad ini, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lagi menawarkan dos pertama vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech) dan CoronaVac Covid-19 (Sinovac) secara percuma.

Tambahan lagi, vaksin Cominarty tidak akan ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta. Manakala, vaksin CoronaVac hanya boleh didapati di fasiliti swasta dengan bayaran.

Kepada anda yang masih belum tarikh temu janji walaupun sudah berdaftar, anda boleh mendapatkan vaksin untuk anak anda secara ‘walk-in’. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan PPV PICKids yang masih beroperasi untuk anda melalui pautan ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca juga:

  • Tiada Lagi Vaksin Covid-19 Percuma Untuk Kanak-Kanak Bermula 16 Mei
  • Cara Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell
  • Tecno Phantom X Dilancar Untuk Pasaran Malaysia, Dwikamera Swafoto Untuk RM1,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress