Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft teams

Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp

Diterbitkan Mei 22, 2021 oleh ariff bukhari

Sejak pandemik COVID-19 bermula pada awal tahun lalu, pelbagai aplikasi sembang sosial mula ditawarkan oleh pelbagai pembangun.

Pengguna tidak lagi bergantung pada beberapa aplikasi sahaja seperti, Messages, WhatsApp atau Messenger, sebaliknya kini terdapat pelbagai aplikasi sembang sosial yang boleh digunakan mereka.

Terbaru adalah Microsoft kini menawarkan secara percuma pada semua pengguna bagi menggunakan servis  Microsoft Teams.

Aplikasi ini dilihat bakal mencabar aplikasi popular WhatsApp kerana ia terdapat pelbagai ciri menarik yang mampu menandingi WhatsApp.

Kelebihan Microsoft Teams

Antara kelebihan utama yang ada pada aplikasi Microsoft Teams adalah sokongan sehingga 300 peserta panggilan video (khusus bagi sepanjang pandemik COVID-19), perkongsian fail sebesar 2GB, storan awan sehingga 10GB dan banyak lagi.

Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp
Salh satu ciri menarik Microsoft Teams yang dikenali sebagai Together mode membolehkan kesemua peserta panggilan video dipaparkan seolah mereka duduk semeja.

Versi percuma Microsoft Teams sudah pun boleh digunakan di platform Android, iOS, aplikasi komputer meja dan aplikasi web sejak 17 Mei lalu.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Microsoft Teams

Sumber: Microsoft

Baca juga:-

Aplikasi Terbaik Untuk “Video Call” Semasa Hari Raya

Aplikasi Permesejan BiP Ada Ciri Import Mesej Berkumpulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY