Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Permesejan BiP Ada Ciri Import Mesej Berkumpulan

Aplikasi Permesejan BiP Ada Ciri Import Mesej Berkumpulan

Diterbitkan Mei 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Aplikasi permesejan BiP dari Turki mungkin tidak berapa popular di Malaysia tetapi banyak digunakan di Indonesia dan juga Bangladesh.

Dengan adanya 80 juta pengguna di seluruh dunia, BiP kini memperkenalkan untuk import mesej (chat) berkumpulan yang mana membolehkan pengguna mengalihkan kumpulan sedia ada dan mesej individu termasuk video dan gambar secara automatik.

Bermakna, sekiranya anda tidak berminat untuk menggunakan WhatsApp atau Telegram, BiP membenarkan anda untuk “berhijrah” daripada aplikasi lain dengan mudah.

Baca juga – Aplikasi Permesejan Dari Turki Ini Meningkat Popular Di Beberapa Buah Negara Islam

Buat pengetahuan, BiP mempunyai beberapa ciri lain menarik seperti panggilan video berkumpulan sehingga 10 orang dengan kualiti HD.

Malah, BiP juga tidak berkongsi data pengguna dengan pihak ketiga dimana data tersebut disimpan di bawah pusat data berteknologi tinggi di Turki.

Berbalik pada kumpulan perbualan (group chat), BiP menyokong sehingga 1000 orang. Oleh itu, jika anda berminat untuk menggunakannya, ia tersedia di Android dan iOS.

Sumber: Siaran Akhbar BiP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY