Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum kita bakal menyambut hari yang dinanti, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Namun, tahun ini sekali lagi kita menyambut dalam norma baharu dan ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Disebabkan itu, pasti ramai individu yang mahu melepaskan rindu bersama orang tersayang yang mana panggilan suara sahaja tidak memadai.
Jadi, ini adalah beberapa aplikasi terbaik untuk membuat panggilan video (video call) sempena hari perayaan ini. Apa yang menariknya, kesemua aplikasi yang dipilih ini adalah yang sering kita gunakan dan tidak perlu memuat turun serta memasang (install) lagi ke dalam peranti.
Facebook Messenger
Facebook banyak digunakan ramai orang terutama ibu bapa kita mahupun saudara-mara. Malah, ia juga mempunyai fungsi panggilan video menerusi aplikasi Facebook Messenger.
Dengan aplikasi ini, anda boleh membuat panggilan video sehingga 8 orang pada satu-satu masa atau 50 orang dalam kumpulan perbualan (group chat).
Muat turun FB Messenger di – iOS atau Android
Panggilan suara melalui WhatsApp sudah ramai yang menggunakan. Ini kerana ia kualiti yang didengar semasa panggilan kadangkala jauh lebih baik berbanding panggilan biasa.
Selain itu, panggilan video menerusi WhatsApp juga adalah baik. Ia menyokong dari 4 hingga 8 orang pada satu-satu masa dan penggunaan data internet juga tidaklah terlalu banyak.
Muat turun WhatsApp di – iOS atau Android
Panggilan video menggunakan Instagram sebenarnya mirip seperti Facebook Messenger. Pengguna tidak memerlukan nombor telefon untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, anda hanya perlu menjemput (invite) rakan-rakan anda melalui Room dan panggilan video boleh dibuat sehingga 50 orang.
Muat turun Instagram di – iOS atau Android
FaceTime
Jika anda berada dalam ekosistem Apple, FaceTime adalah aplikasi terbaik yang anda patut guna. Ia menyokong panggilan video sehingga 32 orang.
Namun kekurangannya adalah rakan-rakan mahupun keluarga anda haruslah menggunakan peranti Apple seperti iOS atau Mac.
Zoom
Mungkin Zoom sering digunakan semasa PdPR atau bekerja dari rumah. Akan tetapi, siapa sangka aplikasi ini juga boleh dipakai ketika menyambut Aidilfitri.
Pada asasnya, Zoom memberikan panggilan sehingga 100 orang dan masa panggilan sehingga 40 minit. Jika mahu membuat panggilan yang lama, anda perlu mematikan perbualan setiap 40 minit dan perlu memulakannya semula.