Penggunaan perisian secara lanun sememangnya mendatangkan risiko tinggi terutamanya dari aspek keselamatan komputer.
Namun begitu, kegiatan ini boleh dikatakan perkara normal disebabkan pengguna tidak mahu atau tidak mampu untu membeli dan melanggan perisian.
Sehubungan itu, Microsoft kini menawarkan potongan langganan sehingga 50% untuk Microsoft 365 kepada pengguna lanun.
Tawaran promosi ini dihantar kepada pengguna Office jika Microsoft dapat mengesan jika perisian Office itu bukannya versi yang asli.
Mengenai promosi itu sendiri, diskaun sebanyak 50% akan diaplikasikan ketika checkout untuk tahun pertama langganan Microsoft 365 Family ($99.99/tahun) dan Microsoft 365 Personal ($69.99/tahun).
Ini bermakna pada tahun pertama langganan hanya perlu membayar sebanyak $50 untuk Microsoft 365 Family dan $35 untuk Microsoft 365 Personal sahaja.
Di Malaysia, jika promosi sama ini ditawarkan, pengguna boleh menikmati pembayaran tahun pertama sebanyak RM179.5 untuk Microsoft 365 Family berbanding harga asal RM359; manakala RM134.5 untuk Microsoft 365 Personal dari asalnya RM269.
Untuk makluman, Microsoft 365 Family ditujukan untuk penggunaan sehingga 6 orang dengan 6TB storan awanan sementara Microsoft 365 Personal pula untuk satu pengguna dengan 1TB storan.
Walaupun mungkin secara logiknya ada pengguna yang tetap terus untuk menggunakan Microsoft Office versi lanun, tetapi masa sama boleh jadi ada pengguna lain tertarik hati untuk melanggan apabila mengetahui harga diskaun ini.
Sumber: Bleeping Computer
Baca lagi: